“Mungkin jodoh kami sampai sini saja” – Isteri Radhi OAG dedah dua minggu tak tinggal sebumbung

Isteri kepada penyanyi Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri telah membuat kenyataan tentang rumah tangganya. Wanita ini mengakui rumah tangga yang dibina lima tahun lalu kini sedang berdepan dengan dugaan.

Nur Shahira Ayu yang dipanggil Ayu, berkata, dia dan Radhi kini tinggal secara berasingan sejak kira-kira dua minggu yang lalu, iaitu bermula 25 Mac lalu.

Ini pendedahan Ayu:

“Ya memang kami sudah tidak tinggal bersama sejak 25 Mac lalu atas keputusan masing-masing kerana ada berlaku salah faham.

“Tapi saya dah fikir masak-masak dan buat keputusan untuk tidak lagi bersamanya. Apa sebab dan punca tu, saya tak boleh nak kongsi.

“Ia terlalu peribadi dan saya harap semua pihak memahami dan mendoakan saja yang baik-baik. Mungkin jodoh kami sampai di sini sahaja”

Ayu memberitahu dia dan dua orang anak mereka iaitu Nur Aisyah dan Muhammad kini tinggal di rumah ibunya yang terletak di Kota Damansara.

Dedah Ayu lagi, ketika perpisahan ini, dia akan membawa dua orang anaknya bertemu Radhi atau penyanyi berkenaan akan datang ke rumah ibunya.

Dari laporan mStar, Ayu berkata, dia sudah membuat keputusannya untuk tidak meneruskan lagi perkahwinan yang dibina selama lima tahun atas sebab tertentu.

Ini komen Ayu:

“Buat masa sekarang, saya dan anak-anak tinggal di rumah ibu. Waktu saya kerja, ibu yang akan jaga mereka berdua.

“Radhi pun kalau nak jumpa mereka, dia akan datang rumah ibu saya. Tapi ada masa, saya bawa juga anak-anak bertemu bapa mereka di rumah kami,”

Kisah Radhi ini mula dihidu apabila vokalis OAG itu memberi bayangan mengenai masalah rumah tangannya menerusi laman Instagram pada minggu lalu dan membuatkan ramai pihak tertanya-tanya tentang perkara itu.

Kemudian, menerusi satu laporan portal hiburan pada Rabu, Radhi turut mengakui dia dan isterinya membawa haluan masing-masing dan mencari ruang untuk tenangkan diri buat seketika.

Diimbas kembali, Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan mereka telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah (4 tahun), dan Muhammad (3 tahun).

Sebelum ini Radhi OAG pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan berkenaan, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here