Monyet Kantoi Shopping Online Pakai HP Penjaga

Satu kejadian yang berlaku di Chanzhou, China menunjukan bahawa haiwan peliharaan yang juga seekor monyet telah kantoi membeli-belah membeli-belah dalam talian dengan menggunakan telefon pintar milik tuannya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada Rabu lalu di Yancheng Wild Animal World di Changzhou, sebuah bandar di wilayah Jiangsu Timur China yang dilaporkan oleh Jiangsu TV.

Menurut penjaga yang dikenali mahu sebagai Lv Mengmeng berkata semasa kejadian tersebut dia sedang melihat berberapa keperluan harian di laman e-dagang menerusi telefon pintarnya dan menyedari bahawa monyet itu sedang lapar.

Dia yang pergi mendapatkan makanan untuk monyet tersebut bertindak  meninggalkan saja telefon pintar miliknya bersama haiwan itu.

Tetapi, sebaik sahaja kembali mendapatkan telefon miliknya dia mendapati bahawa terdapat beberapa pengesahan tempahan barangan yang sudah pasti bukan dibeli olehnya.

Lelaki yang hairan dengan apa yang berlaku itu kemudian telah bertindak melihat rakaman video pengawasan semasa dia meninggalkan telefon pintarnya bagi mengambil makanan buat monyet tersebut.

Hasil daripada video rakaman tersebut telah mendapati bahawa monyet terbabit telah memegang telefon miliknya dan jelas kelihatan haiwan itu menekan skrin telefon miliknya.

Tidak disangkal lagi bahawa monyet itu telah bertindak membeli barang di dalam talia. Lelaki itu juga memberitahu bahawa monyet tersebut selalu melihatnya membeli belah di internet menggunakan telefonnya.

Justeru, haiwan itu telah pun belajar cara-cara membeli-belah secara online dengan selalu memerhatikan tindakan yang dilakukan olehnya.

Komen penjaga monyet ini lagi:

“Saya suka bermain di telefon dengan dia (monyet) berada di sebelah. Ia telah melihat saya meletakkan pesanan di Taobao (laman e-dagang Chinaā€¯

Tak sangka ya monyet pun dah pandai beli belah online siap pandai pakai telefon pintar lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here