Minuman Hipster Dalam Tin Susu, Ini Respon Kementerian Kesihatan Malaysia

Baru-baru ini telah viral di laman sosial apabila sebuah kedai makan menghidangkan minuman dalam tin susu. Foto minuman berkenaan menjadi viral dan ramai mula risau dengan cara air itu dihidangkan.

Ianya menjadi perhatian ramai kerana hidangan tersebut dianggap hipster tetapi agak bahaya dari segi keselamatan dan juga kebersihan.

Akibat dari perkara berkenaan yang menjadi viral, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman fanpage Facebook telah tampil memberi respon untuk memberikan beberapa sebab kenapa anda semua perlu elak meminum atau memakan hidangan dalam tin.

Ini respon dari fanpage Kementerian Kesihatan Malaysia:

Adakah makan atau minum menggunakan bekas tin susu selamat?

Persoalan ini timbul apabila sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu dan menjadi viral di media sosial.

Sebelum ini sebuah premis makanan juga dikatakan menghidangkan nasi kukus tin.

Pengguna media sosial mendesak KKM memberikan pandangan.

Admin kongsikan dua komen daripada pegawai perubatan tetapi ini bukan kenyataan rasmi KKM.

Komen 1

1. Risiko kencing manis.
2. Risiko bahaya luka atau trauma pada kawasan muka
3. Risiko keracunan makanan jika tin kotor/karat etc.

Kesimpulannya sangat tidak digalakkan untuk dihidang minuman dalam tin.

Komen 2

Pasal minum teh dalam tin tu. Ni saya punya pendapat peribadi…

Perlu berpada-pada untuk membuat sesuatu yang hipster bagi menarik perhatian orang ramai.

Utamakan keselamatan dan kesihatan.

Bayangkan beberapa perkara yang boleh terjadi seperti Leptospirosis (kencing tikus), Diabetes Mellitus (kencing manis), Tetanus infection (kancing gigi), trauma luka akibat besi tajam dan penyakit lain iaitu 3 serangkai kesan daripada kencing manis.

Jadilah kapitalis yang beretika

Adakah makan atau minum menggunakan bekas tin susu selamat? Persoalan ini timbul apabila sebuah kedai makan dipercayai…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 1 December 2018

Itulah pandangan dari FB Kementeria Kesihatan Malaysia. Diaharap semua di luar sana lebih berhati-hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here