Michael Ang kini sah peluk agama Islam

Pengarah dan penerbit popular tanah air, Michael Ang akhirnya telah mengesahkan dirinya kini sudah pun memeluk agama Islam. Rupanya, Michael Ang telah peluk agama Islam sejak lebih setahun yang lalu.

Khabar gembira  itu disampaikan sendiri oleh Michael Ang menerusi satu video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.

Ini kenyataan dari Michael Ang:

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.

“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.

“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,”

Setelah memeluk agama Islam, katanya pengarah dan penerbit ini masih mengekalkan nama asal iaitu Michael Ang Hai Swee.

Perkara ini disahkan setelah ada gambar kad yang menunjukkan nama Islamnya itu.

Sebelum ini, Michael Ang dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Foto Michael bersama Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Ustaz Firdaus Wong juga menguatkan spekulasi Michael telah memeluk Islam di hadapan dua orang ustaz tersebut.

Sementara itu di laman Ig nya Michael Ang turut mengakui perkara ini.

Ini komennya:

“Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni”

Ini video berkenaan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here