“Mereka lupa yang saya masih muda” – Sering ‘belanja’ gambar terdedah, ini respon Amelia Henderson

Pelakon yang kembali mewarnai industri seni tanah air iaitu Amelia Henderson kini selalu jadi bualan ramai dan menjadi perhatian di media sosial.

Ini terutamanya buat kaum lelaki dek kerana pelakon ini sering upload gambarnya yang berpakaian terdedah di akaun Instagram miliknya.

Walaupun dah banyak kali kena kecam teruk oleh netizen, Amelia Henderson berpendapat setiap pakaian yang digayakan serta gambar dimuat naik adalah mengikut kesesuaian tempat dan acara dihadirinya.

Kata Amelia lagi, dia enggan menurut kemahuan orang lain dan mahu menjadi diri sendiri kerana apa yang paling penting adalah kebahagiaannya sendiri.

Malah Amelia Henderson juga mengingatkan dirinya masih lagi muda.

Ini komennya memetik laporan Rotikaya:

“Setiap manusia ada pilihan mereka tersendiri yang penting busana yang Amelia pakai sesuai dengan acara yang diadakan,”

“Ini adalah hidup saya dan saya bebas melakukan apa sahaja. Lagipun saya saya baru berusia 23 tahun, mungkin mereka lupa yang saya masih muda,”

Terdahulu, foto seksi Amelia dikecam teruk oleh netizen gara-gara memuat gambarnya mengenakan baju dalam berwarna ungu bagi memperomosikan jenama pakaian dalam antarabangsa.

Sumber: Forum Cari / Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here