Melalui satu perkongsian di laman IG, Mosus Official, Suhaimi Saad ada memuatnaik satu foto anak-anaknya sedang bergaya sakan.
Di ruangan caption, Suhaimi Saad yang lebih dikenali sebagai SS, telah mengatakan anaknya ini bakal ada lagu single pertama tak lama lagi.
Suhaimi Saad telah meminta orang ramai mendoakan agar segalanya berjalan lancar buat rancangan berkenaan.
Ini perkongsiannya:
PELAPIS : Mereka akan muncul dengan single pertama. In sya Allah
Doakan! #pelapis #pendidikanislam #munsyidmalaysia
Kemudian di laman FB pula, Suhaimi Saad turut berkongsi satu lagi foto dengan caption menjelaskan maksud ‘pelapis’ itu.
Kata Suhaimi Saad, anaknya akan menyanyikan lagu berkonsepkan pendidikan Islam.
Ini komennya:
“SS namakan mereka sebagai “PELAPIS” (PEnyanyi LAgu lagu Pendidikan ISlam)
Bukan kueh lapis. Doakan yang baik baik ya.”
Netizen rata-rata memuji kecomelan anak-anak Suhaimi Saad ini.
Walaupun ada segelintir yang mengecam di laman IG, tetapi ramai peminat turut mendoakan agar semunya berjalan lancar buat PELAPIS.
Untuk pengetahuan, Suhaimi Saad telah berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Masjid Jamek Sungai Ara, Kota Tinggi, negeri Johor.
Hasil perkahwinan berkenaan ,Suhaimi Saad dan Ina Naim telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu:
-Ehmad Hadie Elfardie (2008)
-Sallman Elkhoyri (2010)
-Phyrosh Elfadwah (2012)
-Nur Layla Elghufrony (2014).
Suhaimi Saad sebelum ini pernah cetuskan kontroversi seperti tidak hantar anak ke seklah, memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anaknya dan mempersoalkan tentang bumi itu bulat.