Maya Karin mengamuk, sampai nak tumbuk lelaki ini.. Baca kisah yang berlaku

Pelakon cantik jelita, Maya Karin ternyata terlalu berang dengan sikap seorang lelaki ‘orang putih’ yang melontarkan bahan letupan ke dalam laut yang dipenuhi sekumpulan singa laut.

Maya Karin berkata, sebenarnya jauh di sudut hatinya mahu menumbuk individu terbabit kerana berkelakuan kejam terhadap sang haiwan.

Malah, Maya turut meminta semua pencinta haiwan untuk bangkit bersamanya untuk menentang perbuatan yang agak melampau itu.

Ini tulisnya:

“I nak guna bahasa yang sangat kurang ajar, tapi disebabkan mak ayah punya didikan I won’t. Sendiri punya imagination how much I wanna punch that sad cruel person. Please animal lovers, rise with me.”

Ini fotonya:

Maya berkongsi semula satu video lelaki yang gembira dan ketawa selepas membaling bahan letupan ke laut di laman Twitter miliknya pada Rabu dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata mereka turut meluahkan perasaan marah terhadap individu di dalam video itu. Kejadian itu dipercayai berlaku di perairan luar negara.

Ini antara komen dari beberapa netizen di Twitter:

“Tak perlu menjadi pencinta haiwan. Semua orang yang mempunyai akal akan seratus peratus menentang perbuatan itu.

“Allahu. Kesiannya dekat makhluk laut. Mereka tak bersalah pun tambahan pula bagi peluang lagi pada manusia dekatkan diri tepi pantai.

“Boleh tak lepas tu campak pula gemuk ni dalam laut tu… Sakitnya hati tengok”

Untuk pengetahuan semua, sekitar penghujung Januari lalu, Maya Karin telah dilantik sebagai duta ikon River of Life (ROL) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk selama setahun.

Pelantikan tersebut diberikan atas kerja-kerja amal dilakukan Maya Karin dalam usaha menjaga alam sekitar. Pelakon filem Munafik dan Pontianak ini telah tampil dengan cabaran #riverchallenge yang mana menunjukkan gambar sedang baring di dalam sungai atau air terjun.

Sumber: Twitter Maya Karin / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here