Mana menghilangnya anak angkat Zulin Aziz.. Ini sebenarnya yang terjadi

Zulin Aziz sebelum ini ada mendedahkan dirinya gemar melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan yang melibatkan kanak-kanak.

Malah selebriti serba boleh ini pernah mengambil anak angkat tahun lalu.

Akan tetapi dah lama tak nampak Zulin bersama anak angkatnya itu dan ianya telah membuatkan ramai ternya-tanya mana hilangnya anak angkat itu.

Kata Zulin, sebenarnya dia kini kembali hidup tanpa anak kerana anak angkatnya sudah dipulangkan kepada keluarga asal semula.

Ini komen Zulin Aziz:

“Saya memang sukakan kanak-kanak. Saya terlibat dengan charity berkenaan mereka kerana saya sukakan budak-budak.

“Kalau ada yang tahu, saya pernah mengambil anak angkat. Orang tanya juga, mana anak angkat saya, tiba-tiba hilang?

“Sebenarnya, anak angkat saya sudah bersama dengan keluarganya semula kerana dia sudah mempunyai keluarga baru.. Maksudnya keluarga sendiri.

“Ibunya sudah berkahwin lain, dia sudah mempunyai bapa baru dan kini dia kembali kepada keluarganya. Syukur Alhamdulillah, jadi saya pulangkan dia kepada keluarganya semula,”

Kata Zulin, sebenarnya meamng susah nak amibil anak angkat. Dan kerana proses untuk mengambil anak angkat sangat agak sukar, Zulin membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan.

“Saya bertindak untuk melibatkan diri dengan kerja kebajikan melibatkan kanak-kanak sahaja. Untuk kembali mengambil anak angkat, itu satu tanggungjawab besar.

“Pelbagai kes berlaku melibatkan pengambilan anak angkat. Saya juga masih solo, nanti satu hari saya akan ada anak sendiri juga.

“Saya fikirkan semula, banyak perkara yang bermain di minda. Jadi apa yang saya boleh lakukan sekarang, jika saya mahu bermain dengan kanak-kanak, saya boleh libatkan diri dengan aktiviti kebajikan untuk menghabiskan masa bersama mereka,”

Sumber: Portal Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here