Drama bersiri TV3 yang berjudul Pujaan Hati Kanda memang menjadi hit dan diterima baik oleh penonton.
Pelakon utama drama berkenaan iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah terus melonjak naik dan ada pula digosipkan kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa. Ramai peminat drama berkenaan turut mendoakan Remy Ishak dan Mira Filzah benar-benar bercinta.
Mana taknya, chemistry yang ditonjolkan di drama memang amat baik sekaligus membuatkan penonton setia mahu melihat mereka bersama secara realiti pula.
Namun, Remy Ishak dan Mira Filzah hanya rakan pelakon sahaja dan tak ada lebih dari itu.
Dalam perkembangan terkini, semalam, satu komen yang ditinggalkan oleh seorang follower Remy Ishak telah membuatkan pelakon berkenaan panas hati lantas menyekolahkan individu terbabit.
Kisahnya bermula apabila Remy memuat naik fotonya bersama Mira Filzah yang digelar ‘Kak Ani’ yang sedang menjual nasi lemak di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.
Kedua-dua mereka menghadiri malam Festival Filem Malaysia (FFM30), malam semalam dalam persalinan sedondon biru gelap.
Ini caption dari Remy Ishak ketika bergambar dengan Mira Filzah: “Terserempak dengan Kak Ani Yang sedang menjual nasi lemak di hall PICC semalam. #ffm30”
Melihat foto itu, komen yang ditinggalkan netizen bernama Syahirah yang mengatakan Remy Ishak sedang angau dengan Mira Filzah membuatkan Remy terus memberi respon balas komen berkenaan.
Remy menasihatkan wanita itu untuk mencabut hijab di kepalanya kerana komen yang ditinggalkan tidak sepadan dengan sikap wanita muslimah. Bagi Remy, ianya agak memalukan untuk wanita yang bertudung tapi mempunyai sikap sedemikian.
Ini komennya:
Pernah dijelaskan, hubungan antara Mira Filzah dan Remy Ishak hanya ketika bekerja sahaja dan tidak lebih dari itu.
Sumber: OhBulan