Mahu hantar isteri bersalin di Prince Court, suami sanggup kerja part time

Menanti kehadiran cahaya mata merupakan perkara terindah buat pasangan suami isteri. Apatah lagi sekiranya ianya merupakan cahaya mata yang eprtama atau cahaya mata sulung.

Kasih sayang sang suami akan lebih mekar dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada permaisuri hati, lebih-lebih lagi apabila si isteri sedang sarat mengandung.

Ini merupakan satu kisah yang sedang viral di laman media sosial tentang pengorbanan seorang suami untuk memberi keselesaan buat isterinya ketika bersalin nanti.

Lelaki bernama Nasrudin, menjadi viral di Twitter apabila memasang impian untuk menghantar isterinya melahirkan bayi mereka di Pusat Perubatan Prince Court sekaligu ianya mendapat perhatian netizen.

Ini tulisnya:

“Saya tengah kumpul duit, nak isteri saya bersalin di Prince Court. Saya ada buat servis ambil, hantar, tunda motosikal, pindah barang rumah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ulang kicau (retweet) untuk rezeki saya”

Tweet oleh Muhd Nasrudin telah dimuat naik pada Ahad dan sehingga hari ini ianya sudah meraih 15,924 retweet dan mendapat 5,277 tanda like.

Suami berumur 26 tahun itu berkata, dia hanya berseloroh ketika memuat naik tweet tersebut kerana sedar kos melahirkan bayi di hospital swasta popular itu adalah tinggi. Tetapi dia tak sangka ianya jadi viral.

“Saya main-main sahaja tentang nak hantar isteri ke sana, tapi kalau memang sudah rezeki kami, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik kepada anak dan isteri. Tidak sangka ramai pula yang mendoakan impian kami itu tercapai dan permintaan untuk menggunakan servis saya cukup menggalakkan”

Muhd Nasrudin berkata dia memang ada menawarkan perkhidmatan servis hantar barang secara sambilan kerana dia bekerja sebagai pereka grafik sepenuh masa, sementara isterinya seorang setiausaha di syarikat swasta.

Katanya dia dan isteri sedang berusaha keras untuk mencari wang tambahan.

“Pendapatan bulanan kami memang mencukupi, tapi mahu cari wang tambahan bagi menampung perbelanjaan keluarga selepas isteri saya bersalin nanti. Isteri dijangka bersalin anak sulung kami pada hujung bulan ini”

Tambahnya lagi selepas posting tersebut menajdi, permintaan untuk menggunakan perkhidmatannya penuh sehingga minggu depan. Bayaran perkhidmatan berdasarkan satu perjalanan iaitu sekitar RM70, tanpa mengira saiz barangan yang hendak dihantar. Harga yang dikenakan turut bergantung kepada jarak lokasi dari kediamannya yang terletak di Damansara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here