Macam mana aku handle jadi single mom usia 20an, Ini kisahnya..

Ini satu perkongsian dari seorang wanita yang bergelar ‘janda’ di usia muda iaitu 24 tahun.

Wanita bernama Ayu Aziz ini berkongsi bagaimana dia meneruskan kehidupan dengan gelaran ‘janda’ pada usi yang amat muda.

Jom baca perkongsian dari Ayu Aziz:

I’m a single mom and I’m 24 years old.

Macam mana aku berdepan dengan orang dan bagitahu aku single mom?

Macam mana aku confident jadi single mom diusia muda?

Macam mana aku handle jadi single mom on 20s?

Here’s my story.

Aku ada anak. He’s 2 years this year. Aku belanja gambar.

Tbh, it’s never been easy to be a single mom at a very young age.

Waktu awal awal cerai, aku pun sorok muka juga. Malu. Takut. Apa nak cakap dengan semua orang? Kenapa aku cerai? Macam mana nak hidup?

Aku normal. Aku pun fikir semua tu.

Almost every night aku menangis sebab fikir macam mana nak hadap orang ramai. I shut myself from the world. Aku tak bagi aku dipersembahkan. Aku hilang beberapa ketika dalam dunia.

Hidup aku cuma dalam bilik….

Sampai satu hari, aku fikir.. Sampai bila nak malu??? Sampai bila nak takut???

Malu nak jadi janda, sanggup derita sampai bila bila???

So apa aku buat?

Aku slowly war war kan yang aku single mom..

Bermula dari kawan kawan.. Aku mula sosial (berkenalan ramai orang bukan pergi clubbing otak jangan macam otak udang).

One person to one person. Kenal orang baru.

Aku ada buat job make up kan.. So bila aku make up, orang normally akan tanya “umur berapa?” Aku cakap lah..

Nanti kalau ada budak kecil, aku sendiri akan encourage diri aku untuk cakap “eh macam anak saya lah”

So orang akan alert. Eh anak? Awak dah kahwin??

Ya. Saya dah cerai juga. Saya single mom. Takde jodoh.

My common answer. But, itulah success untuk aku. Sebab berjaya confident being a single mom.

Mostly, aku jumpa yang baik baik. Diorang takkan tanya any personal matter, cuma akan tanya sekarang kerja apa, macam mana jaga anak, anak dah umur berapa & so on.

It makes me comfortable.

Aku masuk kat tempat kerja baru, dengan duduk rumah bujang. Anak aku kat kampung mama baba jagakan sementara ni sebab life aku belum stabil.

Bila datang office for my first week, rata rata memang ramai je ngurat aku. Ingatkan aku anak dara.

Awal awal aku memang biarkan je mereka dengan fikiran mereka. After a week, bila semua dah get along, aku sendiri buka mulut.

Aku cakap aku sebenarnya single mom. Anak aku ada kat kg. I’m being proud of myself.

Aku keluarkan gambar anak aku, aku tunjuk kat diorang. So far alhamdulillah, maybe sebab aku positive, so aku dapat feedback positive.

Takde personal issue pun diorang sentuh. Common question pasal anak. Itu je.

Aku rasa, benda yang buat aku tak confident waktu awal tu ialah diri aku sendiri yang masih belum boleh terima aku kahwin dengan orang yang tak tepat dan aku putuskan untuk bercerai.

Even aku yang decide, tapi aku tetap terkial kial juga nak adapt the situation.

So aku confront dengan aku sendiri mula memperkenalkan siapa aku.

Tak perlu takut. Tak ada siapa nak judge kau apa apa. Paling paling pun diorang kutuk belakang kau je. Tapi nak buat macam mana? Manusia ni sifatnya memang tak sempurna kan?

Untuk diri aku dengan anak aku, buat masa ni aku memang terpaksa berjauhan dengan dia. Dah 2 bulan. Rasa macam 2 tahun.

Sebulan pertama was the hardest for my baby. Aku punya rindu sampai tak sanggup tengok gambar dia sebab nanti nangis rindu.

Aku tak dapat nak jaga dia dulu buat masa ni since kewangan aku memang tak stabil. Job make up aku baru nak mula semula kat Johor Bahru ni. Orang belum kenal aku. Dulu orang kenal dekat kampung je.

Kerja kerja lain pun masih aku tersengkak nak support anak aku.

Lately ni paling teruk emosi aku. Rindu sangat dekat anak aku sampai demam. End up dia pun demam juga. Sama sama rindu..

Bf aku, family aku, bff aku lah saksi aku menangis bila berpisah dengan anak aku..

Aku ni sifatnya kental. Aku taknak dan takkan nangis depan anak aku. Selama ni kalau nangis pun sendiri je bila rindu anak.

Tapi last time bf aku ikut aku balik kg jumpa anak aku. Waktu nak balik, aku cuba tahan. Muka aku keras je, tapi jatuh juga airmata..

Bf aku pun sayu je suara

Macam ni rupanya perjuangan single mom berpisah dengan anak demi kelangsungan hidup. Mak dia cuba nak jadi kuat tapi hati mak tetap mak..

Aku senyum tengok dia.

Dan still.. ex aku kata aku taknak jaga anak.

Sumber: Ayu Aziz Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here