“Maafkan saya” – Dikecam teruk, akhirnya Normah Damanhuri mohon maaf

Pelakon senior tanah air, Normah Damanhuri menjadi tumpuan baru-baru apabila ada isu melanda perkahwinan anaknya.

Hari ini, Normah Damanhuri telah tampil memohon maaf, ekoran kontroversi majlis persandingan anaknya, Ahya Rosli yang menjemput penari yang menampilkan aksi yang dikatakan tidak baik untuk dieprtontonkan. Aksi berkenaan seterusnya mencetuskan kecaman orang ramai di laman media sosial semalam.

Pelakon veteran itu berkata, dia memang tak sangka persembahan hiburan untuk tetamu itu mengundang perasaan kurang senang dari para netizen sehingga keluarganya telah menerima kritikan yang agak teruk.

Dari laman media sosial IG miliknya, Normah telah memuatnaik satu video memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Ini komennya:

“Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya,”

“Untuk pengetahuan semua, segmen membabitkan paper doll (mak nyah) itu sebenarnya persembahan tradisional, ‘miming’, lawak jenaka dan gurau santai dengan tetamu ala-ala Bollywood.”

“Tidak sangka pula, cara mereka berpakaian agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan. Sekali lagi, saya sebagai wakil keluarga memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi”

Normah membuat kenyataan itu menerusi muat naik video di akaun Instagramnya, petang tadi.

Ini video permohonan maaf dari Normah Damanhuri:

"Maafkan saya" – Normah Damanhuri mohon maaf

"Maafkan saya atas apa yang berlaku" – Normah Damanhuri, ibu kepada Ahya Rosli, mewakili keluarga, akhirnya minta maaf ekoran isu yang melanda perkahwinan anaknya itu

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Monday, 8 April 2019

Sebelum ini, orang ramai dilihat telah mengkritik klip video yang memaparkan aksi penari yang dilabel agak keterlaluan pada majlis perkahwinan Ayha yang berkonsepkan tradisional Melayu ketika sedang makan beradab.

Video berkenaan menjadi viral setelah dikongsi oleh kakak Ahya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram.

Ahya Rosli telah bernikah dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Shahirah Philips di Bukit Kiara Equestrian pada 29 Mac lalu.

Sumber: Ig Normah Damanhuri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here