“Aku sayang kau Mal” – Luahan Pilu Chiwan Dan Achok Undang Rasa Sebak

Dunia industri hiburan dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang menyebabkan pelawak, Kamal dari kumpulan Chilok meninggal dunia apabila cedera parah dan koma selama dua hari.

Kamal telah menghembuskan nafasnya di Hospital Putrajaya akibat daripada komplikasi kecederaan teruk yang dialaminya semasa kemalangan jalan raya Khamis lalu.

Ahli kumpulan Chilok yang lain iaitu Chiwan dan Achok berasa amat berduka dan bersedih dengan apa yang menimpa rakanya itu. Menerusi laman sosial Instagram, mereka berdua telah meluahkan rasa sedih dan hiba serta ucapan kepada arwah Kamal yang amat istimewa di hati mereka.

Achok juga telah meluahkan perasaanya kepada Kamal di IG miliknya dan menyatakan bahawa dia amat tekejut dengan apa yang terjadi malah menyifatkan bahawa Allah lebih menyayangi sahabatnya itu.

Dia juga turut teringatkan arwah Kamal yang selalu megusiknya serta selalu menjadi pendengar setia dan membantu dirinya agar sentiasa positif. Achok mendoakan agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang  beriman.

Antara luahan terakhir dari Achok buat sahabat kesayanganya:

Melalui IG nya, Chiwan berkata dia amat sayangkan Kamal dan mengaggap Kamal seperti adik beradik. Chiwan turut bersyukur Tuhan kurniakan kawan seperti Kamal walaupun hanyalah pinjaman buat seketika.

Ini luahan dari Chiwan yang dinukilkan di laman IG miliknya pagi tadi:

Arwah Kamal telah meninggalkan seorang isteri yang kini sedang hamil anak sulung mereka. Pasangan ini baru sahaja telah mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini.

Semoga isteri kepada arwah Kamal dan juga keluarganya terus tabah menghadapi ujian yang amat berat ini.

Jenazah dikebumikan di kampung halaman Kamal pada hari ini. Semoga arwah Kamal tenang dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here