Lintah Duduk Dalam Hidung Seorang Lelaki… Ini Punca Bagaimana Lintah Boleh Ada Dalam Hidung..

Ramai yang terkejut apabila ada seekor lintah telah hidup selama 3 bulan dalam hidung lelaki warga China. Lintah berkenaan telah membesar dalam hidungnya sehingga panjangnya satu inci.

Dari laporan, lintah terbabit kemungkinan telah berada di dalam hidungnya selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

Lelaki dari China itu, yang hanya mahu dikenali sebaga Pan, telah pergi mendapatkan rawatan setelah dia alami pendarahan di hidung.

Pan telah ke Hospital Dongguan Chang’an di wilayah Guangdong di China, selepas hidungnya terus berdarah selama 10 hari.

Doktor Pakar hidung, telinga dan tekak di hospital itu membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan pendarahan hidung Pan itu disebabkan oleh adanya seekor lintah.

Kata doktor pakar berkenaan, kejadian itu merupakan pertama kali berlaku pada pesakitnya. Bagaimanapun, beliau pernah membaca kes yang seumpamanya dilaporkan dalam jurnal perubatan.

Ramai yang tertanya tanya bagaimana lintah itu boleh berada di dalam hidungnya sehingga terus membesar.

Menjawab persoalan itu, Pan memberitahu doktor bahawa perkara yang boleh diingatinya adalah berenang di sebatang sungai dekat kampungnya kira-kira tiga bulan lepas.

Dari pengakuan Pan, doktor pakar percaya bahawa larva lintah berkenaan memasuki hidungnya ketiak berenang di sungai terbabit, dan akhirnya menetas sebelum membesar sehingga sepanjang satu inci.

Sumber: mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here