Lima orang remaja perempuan disahkan telah menjadi mangsa korban dalam satu insiden kebakaran yang terjadi di pusat permainan ‘Escape Room’.
Kejadin tragis ini telah berlaku di Poland.
Menurut kata pihak polis, kesemua remaja berusia 15 tahun ditemui selepas pasukan bomba memadamkan kebakaran di ‘Escape Room’ di Koszalin, Poland.
Pusat permainan ‘Escape Room’ merupakan antara tempat permainan popular di kalangan remaja di negara berkenaan.
Permainan tersebut memerlukan setiap peserta untuk berada di dalam bilik atau bangunan yang terkunci, dan mereka perlu mencari petunjuk untuk membantu mereka mencari jalan keluar dari tempat tersebut.
Bercakap tentang insiden berkenaan, Menteri dalam negeri, Joachim Brudzinski mengesahkan kesemua mangsa adalah remaja perempuan berusia 15 tahun.
Seorang jurucakap polis di Koszalin, Monika Kosiec berkata, kesemua mangsa dikatakan menyambut hari ulang tahun salah seorang daripada mereka.
Menerusi satu laporan, selain remaja perempuan berkenaan, seorang lelaki berusia 25 tahun dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesan melecur.
Lelaki berkenaan bagaimanapun masih belum disoal siasat polis berhubung punca kebakaran.
Sebuah agensi berita Poland melaporkan ia difahamkan bahawa mangsa maut akibat terhidu gas karbon monoksida.
Menteri dalam negeri, Joachim Brudzinski mengarahkan kawalan keselamatan kebakaran dipasang di semua pusat permainan ‘Escape Room’ di Poland.
Presiden, Andrzej Duda menerusi twitternya menyifatkan ia sebagai satu tragedi sehingga mengorbankan nyawa lima remaja yang masih muda.
Sumber – Mail Online / Guardian