“Lepas saya tunjuk video, dia terdiam, taktau nak cakap apa” Bella Astillah semuka dengan Aliff tunjuk bukti

Dalam perkembangan terkini isu melibatkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah, kedua mereka dikatakan sudah bersemuka dan Bella dah pun tunjukkan video yang menjadi bukti.

Kata Bella, dia dah bertemu dengan Aliff semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai bukti video yang dihantar kepadanya.

Pada mulanya Aliff Aziz masih mahu memberi jawapan akan tetapi selepas tunjuk video sebagai bukti, Aliff terus terdiam.

Ini pendedahan Bella Astillah:

TUNJUK BUKTI VIDEO PADA ALIFF AZIZ

“Saya mahu berjumpa mereka berdua. Tetapi, Via menolak. Jadi, saya hanya jumpa Aliff. Pada mulanya, dia masih ingin menegakkan benang basah dan menafikan semua dakwaan saya.

“Namun, selepas saya menunjukkan bukti video itu, dia terdiam. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi selain minta maaf.

“Dia mengaku bersalah dan sedar perbuatannya itu salah,”

BELUM BINCANG STATUS PERKAHWINAN

Ditanya adakah pertemuan itu turut membincangkan tentang masa depan rumah tangga mereka, Bella Astillah berkata suaminya itu tidak bercakap tentang perkara berkenaan. Tujuan utamanya untuk berjumpa Aliff disebabkan ingin menunjukkan bukti selepas dicabar suami dan dia pula bukan jenis yang main cakap saja.

“Soal perkahwinan kami, Aliff tidak cakap apa-apa pun. Macam saya sendiri, sejujurnya saya memang sudah tawar hati. Saya reda saja apa yang berlaku selepas ini.

“Saya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah. Saya hanya mampu berdoa dan diberikan petunjuk yang terbaik.

“Mungkin secara luaran saya nampak lemah, tetapi tidak. Malah, mereka silap jika beranggapan sedemikian. Apa yang berlaku ini, Tuhan nak tunjuk kepada saya. Saya kalau boleh tidak mahu hidup dalam penipuan, cukuplah,”

Jelas Bella yang berasal dari Sabah, selama 5 tahun kenali Aliff, dia selalu bertahan kerana kedua ibu bapa dan adik-beradik suaminya teramatlah baik.

HATI TERLUKA LIHAT VIDEO ITU

Namun kini dia tidak pasti sama ada masih ingin memberi peluang ketiga, keempat dan seterusnya kepada Aliff apatah lagi terlalu sedih dan terluka setelah menonton video berkenaan.

“Apabila melihat video ini, sebagai isteri tentu saja hati terluka dan sedih. Pedih rasanya apabila suami sekali lagi mengkhianati kepercayaan dan peluang diberikan.

“Malah, sebagai manusia biasa saya tidak boleh cakap boleh maafkan atau takkan maafkan. Perkara ini akan ambil masa. Apa saya boleh katakan, hanya mampu berdoa supaya diberikan yang terbaik.

RASA DITIKAM OLEH OKTOVIA

Kata Bella dia juga rasa seperti ditikam belakang kerana agak rapat dengan Oktovia.

“Saya anggap ini pengajaran terbesar dalam hidup dan perkahwinan kami. Saya berasa seperti ditikam belakang kerana baik dengan Via ketika dia mula berlakon dengan suami.

“Saya juga masih tidak boleh hadam ayat yang dihantar ketika ditanya adakah dia menjalin hubungan dengan suami,”

Sumber: HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here