“Lelaki Terhebat, Rajin Bangun Awal”- Fasha Sandha komen tentang Aidil Aziz

Pasangan selebriti yang baru sahaja disatukan dan kini masih hangat sebagai pengantin baru, iaitu pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz boleh dikatakan seadng gembira melayari bahtera rumah tangga.

Kini pasangan sama cantik sama padan ini dilihat semakin berbunga-bunga jalani kehidupan bersama sebagai pasangan suami isteri.

Berkahwin pada tarikh 30 Mac yang lepas, nampaknya pasangan ini dilihat semakin sweet bersama.

Apatah lagi, Fasha Sandha ada menulis komen tentang suami tercinta di laman media sosial Instagram, baru-baru ini yang mana dia memuji Aidil yang menerimanya seadanya.

Ini tulis Fasha Sandha:

“Suami tercinta, pencuri hatiku, Lelaki terhebat, pria paling ganteng, sayangkan keluarga, sayang pada anak2 ku dengan ikhlas

“Tak cerewet walaupun kadang2 I sempat masak simple2 ja, menerima kebaikan dan kekuranganku, rajin bangun seawal pagi, rajin bekerja,”

Kalau dilihat, memang ketika ini banyak Fasha Sandha muatnaik video memasak buat suaminya itu. Memang sedap.

Kemudiannya, Fasha Sandha juga ada berkongsi video Aidil Aziz menjadi imam kepada anaknya.

Ini tulisnya:

“Sebak tengok video curi ni, ni kisah beberapa hari lalu, ayah balik kerja lewat malam. ibu paling happy bila anak excited dan dengan sendirinya nak ikut temankan ayah solat, tak perlu suruh dan tak perlu paksa. Video kenangan”

Semoga berbahagia buat Aidil Aziz dan juga Fasha Sandha.

Sumber: IG Fasha Sandha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here