Lelaki Ini Ada Kebolehan Nampak Benda Ghaib.. Ini Apa Yang Dia Lihat Kat Genting Highland

Genting Highland, satu nama yang amat sinonim dengan tempat pelancongan di atas bukit yang amat sejuk dan penuh dengan hiburan.

Di tempat popular seperti ini, memang banyak versi cerita seram kita sudah dengar tentang jalan nak pergi ke Genting Highland ini. Banyak juga kisah misteri yang belum dirungkai di tingkat 13 di sebuah hotel popular di sana.

Kali ini, seorang pengguna Twitter bernama Brian telah berkongsi pengalaman menakutkan ketika perjalanannya ke Genting Highland. Menurutnya, dia mempunyai kebolehan untuk melihat pekara-perkara ghaib.

KELIBAT ORANG TUA

Lelaki ini telah bercerita bagaimana dia melihat ‘kelibat’ seorang perempuan tua bersama keluarganya. Menurut beberapa sumber, mereka maut akibat kereta jatuh ke gaung. ‘Keluarga’ perempuan itu akan selalu minta untuk membawa mereka hingga ke Genting Highland, paling tidak pun sampai ke rumah individu yang ‘mereka’ tumpang.

Menurut penjelasan lelaki ini lagi, ‘kelibat’ itu memakai baju kurung bercorak floral warna biru, pada bahagian kepalanya pula terbuka, penuh dengan darah. Manakala anak-anaknya pula akan berlari di tengah jalan.

TINGKAT 13 BERHANTU

Satu lagi cerita yang lebih menakutkan adalah apabila lelaki ini tiba di salah satu hotel popular di Genting, dan di tingkat 13 dikatakan sangat ‘berhantu’. Kata lelaki ini lagi, lif di hotel berkenaan akan terbuka dengan sendirinya apabila tiba di tingkat 13. Dia ada cuba banyak kali untuk tutp pintu lif itu tapi gagal.

Kemudian, dia ambil keputusan untuk keluar dan melihat sendiri persekitaran di tingkat ‘misteri’ itu. Apa yang lelaki ini nampak adalah dua lelaki dengan keadaan muka pucat berpakaian formal dan ada tali dililit di bahagian leher.

Dia juga terjumpa seorang wanita di bilik nombor 1313 dimana dia cuba untuk mencari lelaki yang membunuhnya. Mulut wanita itu seperti tak henti-henti membebel. Turut kelihatan kelibat 3 orang budak berlari di ruang jalan tingkat 13 itu, namun ‘mereka’ tiba-tiba hilang selepas wanita di bilik 1313 menjerit dalam ketakutan.

Leboh kurang 20 minit berada di tingkat 13, lelaki ini akhirnya jumpa lif dan akhirnya ia terbuka. Sebaik sahaja dia masuk, ada 3 orang pengunjung hotel berada dalam lif tersebut. Tapi apa yang menyeramkan, dia nampak kelibat 6 hantu berdiri di belakang mereka (pengunjung hotel) dengan keadaan tak ada kepala. Apabila sampai sahaja di bilik hotel, lelaki ini mandi dan dia perasan, ada bayang-bayang berjalan di luar biliknya. Fuh seram seyh.

Ini perkongsian penuh dari lealki ini, jom baca:

Sumber: Twitter / OhBulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here