Laugh Factory saman Harith Iskander RM40 juta.. Turut dakwa menipu untuk menang

Harith Iskander bintang stand up comedy dari Malaysia kini berhadapan dengan saman berjumlah AS$10 juta (RM40 juta) yang dikemukan oleh pihak penganjur pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan pada 2016 iaitu Laugh Factory.

Kisahnya bermula apabila Harith Iskander failkan saman atas dakwaan gagal melunaskan wang kemenangannya berjumlah AS$70,000 (RM280,000) daripada AS$100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan itu.

Kemudian, satu saman difailkan oleh Laugh Factory sebagai saman balas selepas Harith memfailkan saman terhadap pihak berkenaan.

Laugh Factory dalam saman tersebut meminta ganti rugi berhubung pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Syarikat itu turut memohon mahkamah membatalkan keuntungan Harith dan ganti rugi punitif.

Menerusi dokumen mahkamah seperti dilaporkan Hollywood Reporter, Harith Iskander dikatakan telah menciplak rahsia perdangan manakala pemilik Laugh Factory iaitu Jamie Masada.

Pemilik Laugh factory itu mendakwa harith mendekati pihaknya untuk menyertai pertandingan itu.

Jamie Masada mendakwa Harith Iskander telah menghubungi wakil Laugh Factory yang bertanya tentang kerjasama membawa jenama itu ke Asia selain bertanya tentang pertandingan berkenaan.

Pihaknya turut menyangkal melanggar sebarang perjanjian yang dibuat dengan Harith sebelum ini.

Menerusi kertas tuntutan itu, Jamie turut mendakwa, Harith menawarkan untuk membuka kelab-kelab Laugh Factory di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta.

Dalam pada itu, ianya turut mendakwa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah silent partner dalam perniagaannya.

Bagaimanapun usaha itu tidak pernah dilaksanakan dan pihak Laugh Factory mendakwa ia adalah penipuan.

Saman berkenaan difailkan pihak Laugh Factory pada 27 Februari lalu di mahkamah di California, Amerika Syarikat.

Tentang hadiah kemenangan Harith Iskandaer, Jamie Masada mendakwa dia memberitahu Harith dalam surat bertulis bahawa pemenang mesti membuat sepuluh kemunculan di Amerika untuk mengadakan persembahan.

Katanya lagi, wang kemenangan itu akan dibayar sebanyak 10 kali dan mereka mendakwa Harith gagal memenuhi syarat itu.

Menerusi laporan berkenaan juga ada dikatakan bahawa Jamie mendakwa Harith menipu untuk menang.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here