“Langsung tak percaya pada teori graviti tu…” – Suhaimi Saad

Hari ini, Suhaimi Saad ada berbicara tentang isu graviti pula. Suhaimi yang lebih mesra dengan nama panggilan “ss” mengakui dia memang tak percayakan teori graviti.

Dari satu entry yang ditulisnya, Suhaimi Saad ada mempersoalkan kenapa graviti berjaya tarik air laut yang berjuta tan tapi tak mampu nak tarik burung ataupun belon yang lebih ringan.

Ini kenyataan Suhaimi Saad:

Kelmarin,
ada yang buat buat tulis surat terbuka..
Sorry,tak minat nak layan.
Semalam ayahanda Rani buat buat tanya.
ss anggap dia gurau je.

Ni ada pulak pensyarah fizik mana ntah nak bagi penjelasan kononnya.

Tak payah la buang masa.
Nampak sangat nak tumpang.

Kalau betul tak suka,meluat,
Kenapa nak sangat layan
Nak sangat up lagi topik ni?

Untuk pengetahuan tuan pensyarah,

ss langsung tak percaya pada teori graviti tu.
Terima kasih je lah atas percubaan tuan.

Kalau graviti bumi tu boleh tarik air laut yang berjuta juta tan tu,
Kenapa graviti tu tak mampu menarik burung dan belon yang lebih ringan?
Pandai pulak graviti tu memilih benda eh

So kalau bumi ni ada graviti,
bentuknya mesti sfera?

Graviti konon
Graviti atau elektromagnetik?

Ini tulisnya:

Sebelum ini, Suhaimi Saad menerusi FB Mosus, telah menjadi bualan masyarakat apabila mencabar angaksawan negara tentang bentuk bumi.

Ekoran beberapa kontroversi panas yang melanda penyanyi ini, pihak penganjur konsert nasyid telah menggugurkan nama sebagai artis untuk persembahan berkenaan.

Sumber: FB Mosus

3 COMMENTS

  1. Jangan berbicara soal sesuatu yang kita bukan ahlinya. Tak kisah air muka isteri dan anak2 tak apa, tapi at least jangan sampai imej Muslimin itu terpalit sekali.

  2. Bang, cuba bang terjun dalam tasik tu bang kalau bang terapung bang boleh la buat balik “kenapa graviti x tarik bang” ya ? kalau bang masuk dalam air tu tanya diri sendiri kenapa graviti pun tarik badan bang sedangkan ringan saja badan manusia ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here