Lagu jenis ‘viral’ hanya mengganggu seniman serius berkarya – M. Nasir

Penyanyi bertaraf legenda, Datuk M Nasir memberi pendapatnya tentang trend terkini yang sering dilimpahi dengan lagu-lagu viral.

Bagi penyanyi dan komposer ini, dia menganggap lagu-lagu tular atau ‘viral’ yang mendapat perhatian masa kini sedikit sebanyak telah menganggu para seniman yang serius untuk berkarya.

Datuk M Nasir berkata, lagu-lagu tersebut meraih perhatian meluas berbanding lagu ciptaan segelintir komposer yang lain.

Ini komen M. Nasir tentang hal ini:

“Lagu-lagu viral contohnya seperti lagu Pen Pineapple Apple Pen orang mudah untuk terima, ia kadang-kadang menganggu seniman yang serius untuk berkarya. Perkara itu mengecewakan kerana apa yang mereka lakukan dapat perhatian ramai, manakala seniman lain tidak dapat, mereka juga mahukan perhatian takkan nak 2,000 orang sahaja dengar lagu mereka”

M Nasir diminta mengulas tentang cabaran komposer dalam mencipta lagu-lagu yang mampu untuk diterima masyarakat zaman ini.

Namun, M Nasir berkata, komposer lama perlu menyesuaikan diri dan mengikut peredaran semasa yang semakin berubah. Katanya, cita rasa muzik berubah seiring dengan penerimaan terhadap sosial media.

“Sekarang ini kita tidak boleh baca apa yang orang suka terutama adanya media sosial. Tapi ada juga segelintir yang boleh baca dan ikut perkembangan. Bagi saya ia cabaran komposer pada masa ini kerana perkara ini tidak boleh dielak”

Dalam perkembangan lain, M Nasir bakal bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah menerusi konsert Duo Lagenda yang bakal berlangsung pada 20 hingga 23 Disember ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here