Pengarah filem blockbuster Hantu Kak Limah iaitu Mamat Khalid kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Kejadian bermula apabila Mamat Khalid mengadu sakit dada dan batuk pada Jumaat lalu dan kemudian dimasukkan ke sebuah hospital.
MASUK ICU
Mamat Khalid kini sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Dari laporan portal BH, pengarah berumur 56 tahun ini kini diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkan organ dan badannya untuk berehat.
KOMEN ISTERI
Isterinya, Hasmah Hassan, berkata suaminya terpaksa ditidurkan sejak pagi tadi, namun memberikan tindak balas positif.
Hasmah yang mesra dengan panggilan Intan turut meminta orang ramai supaya mendoakan suaminya kembali sihat.
“Menurut doktor, suami diletakkan dalam keadaan itu selama 48 jam bagi memberi rehat kepada jantung dan organ dalaman lain.
“Alhamdulillah, suami memberi tindak balas positif dan keadaan kesihatannya sedang dipantau rapi.
“Hanya itu ikhtiar kami dan saya bersyukur kerana dia diberikan rawatan yang terbaik,”
“Insya-Allah, semangat juang suami saya kuat. Doakan kesejahteraannya dan saya sangat berterima kasih,”
Mamat dimasukkan ke hospital swasta, semalam selepas mengadu sakit dada dan batuk.
DULU PERNAH MASUK ICU
Pada 2017, Mamat pernah dimasukkan ke ICU selepas mengadu sesak nafas selepas majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka.
Dia juga pernah menerima rawatan di hospital kerana masalah jantung tersumbat pada November 2014.
Sebelum itu, pada 2014, Mamat Khalid pernah menjalani pembedahan kecil bagi membuka kembali saluran darah terssumbat di jantung.
Isterinya, Hasmah Hassan bagaimanapun mengharapkan doa seluruh peminat terhadap kesembuhan Mamat.
Sama-sama kita doa kan buat Mamat Khalid agar pengarah hebat ini kembali sembuh seperti sedia kala.