Komen Fasha Sandha Setelah Ketahui Keadaan Terkini Benjy

Benjy merupakan artis tanah air yang kini dipenjara kerana memiliki bahan terlarang di negara jiran.

Kini keadaan Benjy dikatakan sedang sakit ketika dipenjara dan pihak Seniman kini sedang membantu nya.

Baca kisah Benjy itu DISINI

Setelah kisah Benjy tersebar, pelakon popular Fasha Sandha telah tampil memberi komen. Fasha berharap orang ramai memberi bantuan kepada Benjy. Ini luahan hati Fasha Sandha:

Terpanggil untuk menulis tentang ini, Tentang arwah Seniwati Azean Irdawaty.

3 kali dapat bekerjasama dengan Arwah , ketika itu saya paling kerdil, arwah adalah seniwati yang disanjung tinggi. Arwah sering menasihati saya agar jangan lupa makan vitamin, supaya sihat selalu ,arwah juga selalu mengajar saya tentang lakonan.

Dan ketika saya sedang sibuk , arwah yang ketika itu sedang berperang dengan kanser selama beberapa tahun, saya hanya sempat mengirimkan hanya sedikit sumbangan melalui seorang sahabat.Saya merasa amat bersalah kerana tidak berkesempatan melawat arwah dan memberikan bantuan ketika arwah masih hidup dan diwaktu yang sama arwah juga tertekan kerana kes yang melibatkan Benjy. Kesibukan saya pada ketika itu membuatkan saya ‘lupa’ tentang tanggungjwb saya sebagai rakan artis yang rapat dengan arwah sejak filem Anak Mami kembali

Hari ini saya terbaca di berita tentang anak arwah (Benjy) yang sedang sakit dan memerlukan pertolongan. Jika ada rezeki lebih, marilah kita sama2 membantu Benjy yang memerlukan. Tidak salah membantu mereka yang memerlukan dan Janganlah kita mempersoalkan atau menghina dia, kerana kita tidak tahu apa akan jadi di masa akan datang, Dugaan setiap manusia datang bermacam2 cara. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita atau mungkin keluarga di masa akan datang. Membantu tidak merugikan….malah mengajar kita tentang nilai kemanusiaan sesama insan.

Pada saya, each and every soul deserves a second chance. Life is nothing without mistakes. Everyone have flaws, we commit mistakes, dan daripada itu kita belajar untuk menjadi lebih baik. So everyone gradually deserves a chance. Not just second it can even be third, fourth…. kerana kita sendiri tidak tahu bila dia akan berubah, atau…mungkin kali ini dia telah benar2 berubah(wallahualam)., jadi hari ini saya menulis kerana Benjy adalah anak seniwati yang kita semua sayangi.. Saya amat bersimpati, saya mendoakan agar Benjy diberikan kesihatan yang baik disana dan semoga Benjy belajar daripada semua kesilapan yang telah dilalui. Semoga ini juga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua juga.

Kepada mereka yang ingin membantu, sila hubungi @persatuansenimanmalaysia 012-2600752

Sumber: Ig Fasha Sandha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here