Pelakon Elfira Loy dikatakan telah bertunang dengan seorang jejaka dan ianya berlaku secara tertutup. Berita pertunangan pengacara dan pelakon, Elfira Loy, pagi tadi mengejutkan banyak pihak, apatah lagi isu putus tunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 18 Februari lalu masih lagi diperkatakan.
Menurut sumber terdekat, majlis merisik dan bertunang itu berlangsung di rumah pelakon itu di Alam Damai, sekitar jam 10 pagi dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Ura-ura mengatajan jejaka dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar dan bekerja sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Kuala Lumpur.
Menurut laporan terdahulu, khabarnya pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan, namun tarikhnya masih belum ditetapkan. Elfira Loy sebelum ini hanya mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut.
Namun hari ini, melalui Instagram, Elfira Loy menulis sedikit komen tentang pertunangannya dan memuatnaik gambar ketika bertunang dengan turut tag nama tunangnya iaitu fariskanuar.
Ini tulis Elfira Loy:
“Instagram has been my digital album since forever , i share what i like , what i love , and i like to express about almost everything in here . Because, for me this is my personal space that people cannot invade.Whatever that i share comes from the heart & you will feel close to me personally. However, i know people still gonna have their opinion and i gotta respect that with full manners. But, I want that space back. With that, I’m sharing with you guys one photo of me during one of my favourite moments of the year. I was genuinely happy, overwhelmed and touched. Apa yang terbuku didalam hati , biarlah disimpan dihati. Kerana hati , sudah dimiliki. Attire: @rizmanruzaini, makeup: @najeebazami dan @jijiezainal selepas nangis lol. Photo: @kakifoto_”
“Instagram merupakan album digital saya untuk selamanya dan saya suka untuk berkongsi apa yang saya suka, cinta dan luahkan apa sahaja di ruang ini,” ujarnya. Saya berkongsi kepada anda sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh. Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki”
Semoga segala urusan Elfira dipermudahkan dan tahniah diucapkan.