Kisah Jururawat Ini Viral Sampai TMJ Pun Komen.. Jom Baca Kisahnya

Nurse atau jururawat merupakan individu yang banyak membantu pesakit di klinik dan juga hospital. Membantu para doktor memberi ubat dan membuat tugasan kepada pesakit, selalunya jururawat ini mempunyai sifat yang amat terpuji.

Inilah sepatutnya sikap yang perlu ada di semua jururawat iaitu sikap tanggungjawab. Seorang jururawat yang membantu seorang mangsa kemalangan mendapat perhatian orang ramai.

Jururawat berkenaan bernama Nur Syuhada dari bahagian Neurosurgery, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor.

Kisahnya bermula apabila nurse ini dalam perjalanan pulang selepas tamat waktu bekerja Ahad lalu. Dalam perjalanan, dia ternampak seorang mangsa kemalangan berada di tengah jalan.

Dengan segera nur Syuhada memberhentikan keretanya dan menghalang kereta lain sebelum membawa mangsa ke tepi jalan. Malah dia turut menenangkan mangsa kemalangan tersebut.

Tindakan Nur Syuhada itu juga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tahniah saya ucapkan kepada jururawat Nur Syuhada dari Hospital Sultanah Aminah kerana menunjukkan teladan yang baik. Inilah contoh wirawati yang berhati mulia, sentiasa berbakti walaupun di luar waktu kerja mereka,” itulah titah dari Tunku Ismail (TMJ) apabila mengetahui hal berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor di laman Facebooknya turut mengucapkan syabas kepada Nur Syuhada.

“Anda berjaya membuatkan masyarakat malaysia bangga dan terharu dengan sikap tanggungjawab tidak kira di mana pun berada. Anda membantu bukan kerana wang ringgit tetapi anda membantu kerana tanggungjawab sebagai jururawat kerajaan Malaysia.”

Tahniah kepada jururawat Nur Syuhada. Anda adalah satu contoh jururawat yang baik dan bertanggungjawab, diharapkan semua jururawat di negara ini mengambil kisah Nur Syuhada sebagai contoh agar menjadi seorang jururawat yang lebih bertanggungjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here