Kinah Perli Ahmad Idham Nak Tapis Netflix

Sharifah Sakinah telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan cadangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri kerana mahu Netlix melalui proses tapisan daripada kerajaan.

Menurut pelakon ini lagi, itu tidak adil dan berat sebelah kerana Netflix sudah menyediakan pilihan bagi ibu bapa tentukan kandungan yang boleh dilihat oleh anak-anak.

Komen dari Sakinah lagi tentang isu ini:

“Hari ini, CEO Finas mencadangkan kerajaan untuk menapis kandungan Netflix di mana saya tak bersetuju. Ya mungkin ada kandungan yang tak sesuai untuk kanak-kanak tapi kita boleh guna PIN keselamatan.

“Untuk ibu bapa yang risau dengan aplikasi ini, kamu boleh tetapkan kata laluan untuk elakkan anak-anak menonton atau lebih senang jangan langgan. Please, jangan kacau Netflix,

“Kalau kerajaan nak sekat atau tapis Netflix, saya akan baring depan Finas tu dengan kawan ramai-ramai, boleh singgah zoo negara sekali… Ini tidak adil dan tidak konsisten, macam mana aplikasi lain seperti Wechat dan Youtube?

“Untuk CEO Finas, saya sangat rindu drama lama awak seperti Cinderella yang memberi inspirasi untuk saya menjadi pelakon. Siapa boleh lupa babak romance dan pegang-pegang, menari-menari yang saya tengok semasa kecil yang tidak bertapis di televisyen,” 

Ahmad Idham telah memaksa pihak kerajaan untuk menapis program dari kandungan Netflix selepas menerima beberapa aduan daripada ibu bapa. 

Malah turut meminta kepada pihak kerajaan mewujudkan akta mengawal kesemua kandungan video yang disediakan oleh Netflix.

Namun cadangannya itu telah menerima pelbagai reaksi daripada warga net yang tidak suka dengan idea itu.

Ahmad Idham juga menyuarakan bahawa Finas tiada kuasa untuk menapis,tetapi dalam konteks kandungan digital, Finas akan selalu mencari jalan terbaik bagi memperkasakan kandungan drama tempatan supaya ia akan memberi impak positif pada masyarakat serta negara.

Sakinah juga menyuarakan bahawa sekiranya kerajaan meneruskan hasrat tersebut, dia serta pengguna lain tidak teragak-agak akan menyuarakan bantahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here