Kesucian Ramadhan tercemar.. Kalau macam ni dikira suami curang juga ke? – Luahan Yatt Hamzah

Yatt Hamzah meluahkan rasa kesal apabila bulan mulia yang seharusnya menjadi masa terbaik untuk umat Islam beribadat dicemari dengan pelbagai perlakuan maksiat.

Jelas Yatt Hamzah dia dapat banyak rungutan daripada kaum wanita mengenai perbuatan pasangan mereka yang suka menonton video tak senonoh.

Lebih menyedihkan apabila ia dilakukan ketika sang isteri sedang sarang mengandung.

“Sedih apabila kesucian Ramadan tercemar dengan macam-macam kes maksiat. Ada pula kes isteri hamil, suami layan video-video tak senonoh.

“Allahuakbar… apalah nak jadi dengan keturunan yang ayahnya suka tengok benda haram. Kalau macam ni dikira suami curang juga ke? Sebak dengar dan baca tentang semua perkara yang mencemarkan Ramadan.

“Apabila syaitan sudah melekat di hati. Biar semua syaitan dirantai, nafsu liar tetap susah dijinakkan. Ramadan tetap tak dijadikan medan mentarbiyah diri. Allahuakbar alangkah rugi,”

Antara kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram Yatt Hamzah.

Yatt berkongsi kekesalannya itu menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi masalah mereka menerusi mesej peribadi yang ditinggalkan kepada aktres itu.

Dalam pada itu, Yatt turut menasihati netizen khususnya kaum lelaki yang mempunyai masalah untuk mengawal nafsu bagi mendapatkan bantuan.

“Ramai yang DM (direct message) selepas Bonda share pasal suami yang layan blue film semalam.

“Jika perbuatan ini sering dilakukan, maka dikhuatirkan ia akan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyuk”

“Menonton blue film (tak senonoh) adalah perbuatan haram dan berdosa besar kerana melihat tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang berjimak.

“Ia adalah perbuatan yang menggelapkan dan mengeraskan hati, menumpulkan fikiran dan mengakibatkan keruntuhan rumah tangga.

“Bagi yang sudah berkahwin juga bukan suka-suka boleh tengok video tak senonoh dengan alasan untuk menambah ilmu… Bagi yang tak boleh kawal perasaan dan terjebak dengan keadaan ini boleh jumpa dengan orang yang dipercayai dan kongsi masalah,”

Sumber: IG Yatt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here