Kes orang tua dibuli remaja, malam terus budak ni kena angkut.. semua suspek dihantar ke balai

Satu rakaman video menajdi viral di laman media sosial menunjukkan sekumpulan remaja sedang membuli seorang warga emas dalam kejadian dipercayai berlaku di Sijangkang, Selangor.

Dari rakaman video berkenaan, kelihatan kumpulan remaja terbabit amat seronok mempermainkan seorang warga emas berkenaan sehingga mendapat keccaman netizen.

Salah seorang daripada remaja terbabit kelihatan seakan-akan ingin menjatuhkan motosikal yang ditunggang oleh warga emas berkenaan. Lebih menyedihkan, remaja terlibat turut dikesan membaling objek ke arah warga emas maIang itu sambil ketawa.

Kes ini telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat di kawasan berkenaan yang kemudiannya bertindak untuk mencari remaja terbabit.

Ini pula komen dari seorang anak buah kepada pak cik berkenaan:

“Apa salah pakcik aku korang buli dia sampai macam ni? Tak rasa bersalah ke buli orang tua di bulan puasa, bulan yang mulia ini?” Itulah antara kata anak saudara kepada lelaki warga emas yang dibuli sekumpulan remaja lelaki bernama Leah di Twitter.

Jelas Leah, sebaik saja kesemua suspek ditemui terus dibawa ke rumah lelaki warga emas terbabit dan mereka dituntut untuk memohon maaf kepada mangsa.

Selesai berbuat demikian, mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Aku pun tak faham (kenapa mereka bertindak sedemikian), tak sanggup nak play video banyak kali. Menangis sampai menggigil dah. Sakit hati sangat.

“Semua (suspek) dah jumpa. Rasa nak tumbuk muka seorang-seorang. Sekarang budak-budak ini nak dibawa ke rumah pakcik aku untuk minta maaf dan kemudian nak dibawa pergi ke balai polis.

“Ramai rupanya yang buli. Sorry gambar tak elok, keluarga yang tolong rakam gambar. Silap orang cari pasal dengan family aku,”

Dari komen, meskipun kejadian itu telah diselesaikan, rasa geram, sedih dan sakit hati masih menyelubungi ahli keluarga mangsa kerana tak sangka golongan remaja seperti tergamak bertindak biadab terhadap warga emas.

“Alhamdulillah, dah settle malam tadi juga walaupun rasa geram, sedih dan sakit hati itu masih ada.

“Terima kasih sangat-sangat kepada mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Tuhan saja yang mampu membalas jasa korang.

“Please, tolonglah hormat orang tua. Aku tak nak tengok atau dengar benda ini terjadi lagi di masa akan datang,”

Sumber: Twitter Leah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here