“Kes orang ketiga ni payah sedikit” – Intan Liana belum maafkan Ude Wahid

Ini kisah terkini tentang bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh.

Intan telah meluahkan rasa terharu melihat hubungan baik yang terjalin diantara selebriti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya yang juga merupakan pengacara terkenal iaitu Ally Iskandar.

Namun, kata Intan, apa yang cuba disampaikan itu tidak bermaksud dia sudah memaafkan dan bersedia untuk berbaik dengan bekas suaminya.

TERKESAN LIHAT KEMESRAAN FARAH LEE DAN ALLY ISKANDAR

“Kenapa saya rasa sedih, menangis bila tengok Insta story @farahlee!

“Omma masih berbaik dengan bekas suami. Masih boleh bergambar, ambil video… gembiranya. Saya suka sangat tengok! Love you Omma…

“Eh, sekejap. Bukan la saya cakap saya pun nak ambil gambar dan berbaik dengan bekas suami. Nanti ada orang cakap saya gila talak pula,” katanya.

Intan Saleh atau lebih menggelarkan dirinya sebagai bonda itu membuat perkongsian itu Instastory miliknya pada Rabu.

Terdahulu, Farah Lee berkongsi gambar berbuka puasa bersama bekas suaminya itu sambil bertukar-tukar hadiah.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai yang sebak melihat Maream berada dalam dakapan Ally Iskandar.

HUBUNGAN SEPERTI ITU PENTING

Kata Intan, hubungan profesional seperti itu demi membesarkan anak adalah penting agar tidak wujud sifat benci atau pengaruh negatif sambil meletakkan tanda pagar #demianakokjekan.

Namun, Intan berkata, apa yang dilalui oleh Farah dan Ally berbeza dengan perjalanan rumah tangganya yang berakhir disebabkan orang ketiga.

“Saya hanya suka tengok cara mereka, profesional… Lain orang, lain kes, perangai, pendapat dan situasi.

“Bukan apa kalau macam tu anak kita pun tak rasa lain dan tiada negative vibes, betul tak?”

BELUM MAAFKAN UDE

Dalam pada itu, Intan mengakui masih belum dapat memaafkan perbuatan Ude menceraikan dirinya disebabkan wanita lain.

“Kita ni perempuan cepat sangat memaafkan. Kamu setuju tak? Tapi bonda belum lagi.

“Macam bonda cakap, lain kes. Tapi kalau kes orang ketiga ni payah sedikit,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here