Kereta terhumban di Jambatan Pulau Pinang, Pemandu Toyota Vios disahkan positif ganja!

Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sehingga sebuah kenderaan lain terhumban ke dalam laut, awal pagi semalam, didapati positif bahan terlarang iaitu ganja.

Perkara ini disahkan oleh pihak polis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ujian saringan awal, pemandu Vios berkenaan merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dan merupakan pendandan rambut.

Ini kenyataan polis:

“Polis telah menghantar sampel darah lelaki itu ke Jabatan Kimia untuk ujian lengkap bagi mengetahui kandungan alkohol dan dadah di dalam darahnya, keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat”

Pemandu Vios itu kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, kerana mengalami kecederaan pada kepala, kaki dan tangan akibat kemalangan berkenaan.

Katanya sebelum ini, pemandu Toyota Vios itu dirawat di Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang petang semalam, namun dia telah pengsan di rumahnya menyebabkan keluarganya menghantarnya ke hospital swasta untuk menerima rawatan lanjut.

Polis berkata lagi, pemandu kereta Toyota Vios dan mangsa yang terhumban ke dalam laut itu merupakan rakan sejak mereka di sekolah rendah.

“Dua lelaki itu bersama lima lagi rakan (lelaki) menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang daripada kawan mereka di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia, di sini.

“Kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2.30 pagi.

“Lima rakan mereka tinggal di bahagian pulau manakala mangsa dan pemandu kereta Toyota Vios itu tinggal di kawasan Butterworth,”

Menurutnya, polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan dua pemandu kereta itu sedang berlumba ketika kemalangan berkenaan.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.

Mangsa masih lagi sedang dicari oleh pasukan penyelamat.

Sebuah kereta terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang

[VIDEO] Detik-detik mencemaskan ketika kejadian sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di KM4 Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.Klik https://bit.ly/2AST2X4 untuk berita penuh.

Posted by Kosmo Online on Saturday, 19 January 2019

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here