Kereta terbang kena hentam, diperlekeh oleh rakyat… Ini respon balas menteri

Nampkanya, ramai rakyat Malaysia yang memperlekehkan konsep ‘kereta terbang’ boleh memilih untuk kekal ketinggalan zaman dan menaiki ‘kereta buluh’, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof.

Ini komen balas oleh Redzuan Yusof

“Mereka boleh memilih sama ada mereka mahu ketinggalan. Orang ramai boleh mengatakan ini satu bentuk penafian, di mana mereka boleh memilih untuk berada di belakang.

“Okay sahaja untuk tinggal di bawah buluh. (Sekiranya mereka) mahu memandu ‘kereta buluh’, itu pun okay”

Itulah antara kata-kata dari Redzuan kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis (28 Mac).

Menurut beliau, sokongan kerajaan terhadap projek ‘kereta terbang’ yang dibiayai oleh swasta itu bertujuan untuk membangunkan modal insan di negara ini.

“Ia lebih kepada memberi pendidikan pengetahuan kepada orang-orang ini. Kami tidak mahu kumpulan ini ketinggalan.

“Sebenarnya, belia-belia Malaysia (di belakang projek ini) sudah jauh di hadapan dan mereka berada di peringkat yang sama seperti mereka yang mencipta dan melakukan penyelidikan (projek ini) di peringkat antarabangsa,”

Rakyat Malaysia mula mempersendakan projek kereta terbang di media sosial dengan beberapa daripada mereka bertanya sama ada model kenderaan yang dipamerkan di Langkawi dibuat daripada kipas KDK yang terkenal.

melihat kereta berkenaan, ramai yang mula menyatakan keraguan mereka.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Kamarul Muhamed berkata, prototaip kerja kenderaan mobiliti udara itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Beliau turut berkata, ia akan menelan kos sebanyak RM500,000. Aerodyne adalah pemain global dalam industri perkhidmatan drone dan menduduki tempat ketujuh di peringkat antarabangsa oleh Drone Industry Insights.

Bermula dengan tiga orang pada 2014, syarikat itu kini menggunakan memiliki 280 pekerja di 24 negara di seluruh dunia.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here