Pennyai popular tanah air iaitu Elyana telah membuat pengumuman telah mengalami penyakit barah atau kanser. Pengumuman dibuat ketika di satu konsert Gegar Vaganza musim lepas dan terus mengejutkan ramai pihak.
Dalam perkembangan terkini, nampaknya penyakit Elyana dikatakan semakin merebak. Melalui keyataan dari suami Elyana iaitu Khairul Anuar Hussin, dia mengesahkan Elyana kini perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 kali.
Ini adalah kerana sel kanser kelenjar yang dihidapi oleh ELyana sejak tujuh tahun lalu sudah pun merebak ke bahagian saraf tunjang.
Khairul ketika dihubungi berkata, isterinya yang kini dirawat di pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor itu perlu segera menjalani prosedur itu bagi mengelakkan lumpuh.
Selepas selesai sesi radioterapi, penyanyi berumur 31 tahun ini yang popular dengan trademark menyanyi dengan kaki ayam, perlu melakukan rawatan kimoterapi pula.
Ini kenyataan penuh dari suami Elyana:
“Minggu lalu Elyana mengadu sakit dan kebas di kaki hingga tidak boleh berjalan. Saya sudah bawa dia pergi berurut dan ambil ubat tahan sakit, tetapi keadaan langsung tidak berkurang.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk bawa ke hospital Isnin lalu. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan sel kanser sudah merebak ke saraf tunjang dan tulang belakang.
“Doktor menyarankan segera melakukan radioterapi selama 10 kali bermula 5 petang ini. Kalau tidak buat sebarang rawatan Elyana akan lumpuh”
“Semalaman Elyana menangis sambil menahan kesakitan selepas mendengar saranan doktor sampai tak tidur. Namun, selepas baca mesej orang ramai yang mendoakan kesihatannya dan memberi kata-kata semangat, Elyana kembali tenang.
“Kalau di tengok Instagram memang nampak dia kuat. Sebaliknya, tiada siapa tahu apa yang bermain di fikirannya. Saya mengharapkan peminat dan orang ramai mendoakan dia dan cakap perkara positif. Mana yang mengeji dan menghamburkan kata-kata negatif, saya mohon hentikan”
Sementara itu, Elyana menerusi Instagram Story berkongsi rasa gembira kerana dirinya telah menjadi inspirasi kepada pesakit-pesakit kronik lain. Elyana juga bersyukur kerana mempunyai peminat yang amat setia dan sentiasa memberi sokongan dan kata semangat buat dirinya.
Ini komen Elyana:
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mesej dengan beri doa dan kata-kata semangat di Instagram.
“Walaupun saya tak dapat balas satu persatu, tapi saya baca semua. Malah ada juga pesakit kronik lain yang mesej kata saya beri mereka semangat. Sebenarnya saya tak sedar selama ini beri orang semangat Alhamdulillah saya gembira sangat.
“Saya fikir dalam saya sakit pun secara tak langsung masih beri manfaat kepada orang lain. Jadi bukan saja masa sihat tetapi juga ketika sakit. Saya harap mereka juga boleh sembuh dan diberi kekuatan untuk harungi sakit”
Semoga Elyana terus berjuang untuk melawan penyakitnya ini. Sama-sama kita memberi sokongan kepadanya dan mendoakan Elyana.
Sumber: Harian Metro