Kenapa 55 Tahun Sahaja? Ramai Persoal Komen Zain Kepada Che Ta

Che Ta dan Zain menyambut ulang tahun perkahwinan ke-5 semalam.

Beberapa foto pasangan selebriti popular tanah air iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin meraikan ulang tahun kelima perkahwinan mereka menarik perhatian pengikut di laman Instagram.

Lebih mencuri tumpuan adalah ucapan dari Zain Saidin. Ini apabila Zain Saidin memuat naik caption membayangkan perkahwinan mereka akan bertahan sehingga 55 tahun lagi.

Ini komen Zain Saidin:

“Selamat ulang tahun sayangku Rozita Che Wan, lima tahun yang indah dan 55 lagi untuk dilalui. I love you so much,”

Gara-gara nombor 55 itu, ramai pengikut tertanya-tanya mengapa Zain memberikan bayangan angka tersebut.

Menurut pelakon yang juga adik kepada Sasha Saidin ini, angka tersebut merujuk kepada 55 tahun lagi mereka akan berada di dunia.

“Pasal 55 tahun lagi kami pun dah 90 tahun, kubur pun dah memanggil,” balasnya di komen penerbit syarikat Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel.

Menerusi akaun Instagram Rozita Che Wan pula, dia turut memuat naik beberapa keping foto istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Ini pula ucapan Che Ta di laman Ig miliknya:

“Syukur diatas pemberian Tuhan yg terindah ..terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari -hari yg penuh cinta

“Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992 , Zain masa tu baqu darjah 2 ..
So kalau sapa2 yg belum bertemu jodoh lagi , jangan pulak dok qeyau tepi bucu katie …. mungkin jodoh uolss tu tgh dok up? .. Happy Anniversary sayang @zainsaidin23

“3 tahun bercinta , 5 tahun jadi suami , haqap2 u tak jemu la nk tenung muka ni haqi2.. sementaqa tak qemot lagi

Rozita Che Wan 45 tahun, dan Zain Saidin, 34 tahun, telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun.

Rozita Che Wan turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22 tahun, dan Aniq Ezzra, 20 tahun, hasil perkahwinan pertamanya dengan suami terdahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here