Kena Remove Dari Group WhatsApp, Bekas Pembantu Najib Bakal Saman Admin

Aplikasi Whatsapp antara yang amat penting untuk berkomunikasi ketika ini. Group whatsapp sering kali digunakan sebagai medium untuk maklumat dan menyebarkan sesuatu info dengan cepat, senang dan percuma.

Sudah menjadi kelaziman untuk seseorang itu mempunyai banyak group Whatsapp dengan pelbagai tujuan seperti untuk kerja, kelas universiti, rakan-rakan mahupun penduduk taman.

Namun ada satu isu yang berlaku kepada individu ini yang menajdi perhatian ramai.

Kerana kena remove dari group Whatsapp penduduk, bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak, iaitu Isham Jalil mahu menyaman admin group berkenaan. Hal itu diluahkan olehnya di laman Facebook semalam.

Tambah Isham Jalil lagi, banyak mesej anti Barisan Nasional telah dihantar sebelum Pilihan Raya Umum 14 lalu namun tiada seorang pun dikeluarkan dari group berkenaan.

Akan tetapi, kini setelah tamat PRU dan BN tewas, Isham mendakwa tindakan pengendali berbuat demikian keran penyokong kerajaan terkini tidak selesa dengannya.

Ini komennya di laman FB:

“Admin group Whatsapp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri) telah removed saya dari whatsapp group kerana saya selalu post bahan-bahan dan artikel mengkritik kerajaan.

“Saya pasti ini adalah kerana desakan daripada penyokong-penyokong Kerajaan PH atau admin sendiri yang tidak tahan dan “panas” apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang saya tulis yang tidak menyebelahi mereka.

“Tidak semua dalam group tersebut yang bersetuju dengan mereka kerana ramai yang meraikan perbezaan pendapat dan semak-imbang pembangkang ke atas kerajaan.

“Selama ini terutama sebelum pilihanraya umum ke-14 banyak posting-posting anti-BN dan maki hamun serta cerca kepada bekas Perdana Menteri pada ketika itu dalam whatsapp group ini tetapi tiada siapa pun di-removed daripada whatsapp group tersebut.

“Kini apabila saya posting dan mengkritik dengan fakta saya telah di-removed kerana penyokong kerajaan panas dan tidak selesa.

“Sesiapa yang mengikuti posting-posting saya tahu yang posting-posting saya jauh berbeza dari maki hamun dan cerca penyokong-penyokong PH.

“Oleh itu admin dan beberapa orang dalam persatuan penduduk penyokong PH ini telah remove saya atas sebab pendirian politik saya.

“Ini bukan whatsapp group biasa, ia adalah whatsapp group persatuan penduduk yang berdaftar. Saya adalah tuan punya satu property di sana.

“Namun kini saya tidak lagi boleh posting dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double standard.

“Saya tahu undang-undang. Dan saya tahu hak saya. Saya akan memfailkan saman ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Sumber : FB ISHAM JALIL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here