Kematian Ketiga COVID-19 DI MALAYSIA hari ini iaitu Pesakit kes ke-152 dari Kluster Kes Tabligh

Hari ini, Malaysia mencatatkan kematian yang ketiga dari wabak COVID-19 yang mengorbankan seorang pesakit kes 152, lelaki tempatan 58thn dari kluster kes tabligh di Hospital Tawau jam 6.27 petang ini.

Sebelumnya, beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 lalu dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Hari ini juga, Malaysia juga mencatatkan peningkatan  wabak #covid19 sebanyak 130 kes baru, 48 berkait kes kluster tabligh menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,030 kes.

 

SUMBER: KKM PUTRAJAYA 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here