Kecil punya hal, mahu serang? – Umie Aida tentang Janna Nick

Pelakon hebat, Datin Seri Umie Aida memberi pandangan dan pendapat tentang isu viral yang melibatkan Janna Nick yang dikatakan sedang mengambil kesempatan di Instaram miliknya.

Janna Nick ada membuat satu servis ucapan yang kinui sedang viral di laman media sosial. Kata Umie Aida, ianya terpulang kepada selebriti jika mereka mahu menawarkan perkhidmatan ucapan ulang tahun kelahiran berbayar di laman sosial.

Adik kepada Erma Fatima ini berkata tidak wajar artis dikecam dan diserang kerana hal berkenaan. Katanya lagi ianya terpulang kepada peminat untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan sekiranya mahu membuat ucapan dari seorang artis.

“Pendapat saya, Janna Nick atau artis berhak untuk letak harga servis ucapan birthday, terpulang kepada peminat kalau nak gunakan servis itu atau tidak. Jadi tak perlu kut nak kecam tindakan Janna, semuanya tetap terpulang kepada peminat. Kalau mereka rasa berbaloi mereka bayar. Kecil punya hal, mahu serang-serangkah?,”

Umie berkongsi pandangan tersebut menerusi Instastory di laman Instagram miliknya semalam ekoran cas sebanyak RM50 untuk ucapan hari lahir mahupun ucapan lain oleh Janna Nick. Sehingga kini, memang servis dari Janna Nick mendapat pemintaan yang tinggi dari followernya.

Sebelum ini, memang teruk juga Janna Nick diserang dan dikritik oleh para netizen selepas dia membuat servis ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.

Perkara ini berlarutan sehinggakan di ruangan foto terbaruyang dimuat naik Janna Nick di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang ternyata kurang senang dengan cara perniagaan itu.

Ada follower yang mempersoalkan perbuatan pelakon berkenaan ini menjalankan perkhidmatan itu kerana dia dikatakan seperti sedang mengambil kesempatan terhadap peminatnya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here