“Kau dah kenapa keluar dengan laki org? Tak tau malu ke? – Komen panas Zarina Anjoulie

Selebriti Zarina Anjoulie yang lebih mesra disapa Anju, telah memberi pendapatnya tentang kes rumah tangga Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.

Melalui laman IG miliknya, Anju telah mempersoalkan adakah Aliff Aziz akan berubah. Selain itu, Anju mengatakan orang ramai patut memberi sokongan tak berbelah bagi kepada Bella Astillah.

Anju juga ada menulis pesanan khas buat Oktovia Manrose dan mempersoalkan tindakan pelakon itu keluar dengan suami orang. Zarina juga dilihat telah tag IG Oktovia Manrose di ruangan caption.

Ini komennya:

“Pasal case Alif Aziz and Bella…. I mean ??? Korang ingat dia nk ubah BUT this is not the time kita curah petrol cuz. Should just show some support towards bella #girlpower.

“And to you @oktoviamanrose kau dah kenapa nk keluar ngan laki org???? Tak tau malu ke ??? Time bella screenshot kau tau plak malu .. masa kau keluar ngan laki org kau tak malu plak?

Ini satu lagi komen Zarina Anjoulie tentang wanita yang kantoi keluar dengan lelaki orang.

“Aku tak faham dengan perempuan ni time kantoi dengan laki orang tau plak malu, kau tengah sedap tu tak fikir plak pasal malu. Perempuan spesis korang memang patut dimalukan. Nuff said”

Itulah pendapat dan respon dari Zarina Anjoulie tentang isu yang melanda Aliff Aziz, Bella Astillah dan juga Oktovia Manrose. Memang diketahui ramai, Zarina Anjoulie merupakan seorang yang terbuka dalam memberi pandangan tentang sesuatu perkara.

Dalam perkembangan terbaru, Oktovia akhirnya mengaku silap kerana keluar dengan Aliff Aziz dan meminta maaf kepada Bella melalui laman IG miliknya.

Apapun, semoga Aliff Aziz dan Bella dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Sumber: IG Zarina Anjoulie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here