Kejadian yang berlaku di Ipoh, Perak apabila seorang budak lelaki yang baru sahaja berusia tiga tahun menemui ajal apabila dia terjatuh ke dalam lubang kumbahan dekat kuarters Balai Polis Pasir Puteh hari ini.
Kanak-kanak malang berusia tiga tahun itu adalah Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz yang dijumpai oleh pasukan bomba.
Dikatakan juga, lubang kumbahan itu mempunyai kedalaman dua meter. Mangsa ditemui sekitar jam 9 pagi tadi.
Menurt Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohamad Fadzlei Che Husain seramai sepasukan 11 pegawai anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan telefon sekitar pukul 8.16 pagi.
Semasa sampai di lokasi tersebut terdapat dua lubang jenis lubang kumbahan dengan satu daripadanya itu mempunyai kedalaman air tinggi.
Jelas pihak bomba dan penyelamat lagi :-
“Operasi menyelamat segera dijalankan dengan mengepam keluar air dari lubang tersebut bagi mengurangkan kedalaman sebelum seorang anggota turun ke dalam lubang itu bagi mencari mangsa”
“Mangsa berjaya dijumpai setengah jam kemudian dan dibawa keluar sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian,”
Setelah berhasil menemui mangsa, para anggota telah memberi bantuan Pernafasan Kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa namun pegawai perubatan yang ada ditempat kejadian telah mengesahkan bahawa kanak-kanak malang itu telah meninggal dunia.
Mayat kanak-kanak malang berusia tiga tahun itu telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut .
Operasi bomba dan penyelamat itu telah berakhir lebih kurang 36 minit setelah tiba di tempat kejadian sekitar lebih kurang jam 9.36 pagi ini.
Punca bagaimana kanak-kanak tersebut boleh jatuh kedalam lubang kumbahan itu tidak diketahui.