Bapa kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Aziz Sapdan telah dihubungi oleh pihak wartawan hiburan untuk bertranya kes melibatkan anaknya yang kini menjadi panas.
Aziz telah menjelaskan keluarga mereka menerima dengan tenang segala kontroversi yang melanda anaknya itu.
Bapa Aliff yang sudah berumur 59 tahun ini, ketika dihubungi berkata dia dan isteri, Siti Hafiza Sheikh Mohamad masih belum bertemu Aliff Aziz yang berada di KL.
Akan tetapi mereka mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Ini komen bapa kepada Aliff Aziz:
“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun.
“Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa”
Menurut Aziz, dia jarang mencampuri urusan peribadi Aliff dan pada kebiasaan isterinya yang menjawab segala persoalan daripada media.
“Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah.
“Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga,”
Selasa lepas, telah viral dalam media sosial pendedahan tentang kecurangan terbaharu membabitkan pelakon Aliff Aziz dengan seorang remaja perempuan yang dikenali dengan nama Nismell.
Kes curang Aliff Aziz ini adalah yang ketiga sepanjang dia berkahwin dengan Bella Astillah. Pertama kali berlaku membabitkan pelakon Afifah Nasir pada 2017 dan kejadian kedua berlaku Februari lalu melibatkan pelakon Oktavia Manrose.
Sumber: Utusan / MHETV