“Kalau tak pakai tudung jangan keluar rumah” – Datin Shahida kongsi pengalaman berhijab

Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida telah berkongsi pengalamannya ketika mula bertudung dan perkembangan terkini tentang anak gadisnya yang kini turut mula bertudung.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen apabila Datin Seri Nur Shahida mula mendidik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra untuk turut sama mengenakan tudung di usia muda bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, Datin Seri Nur Shahida juga sempat berkongsi pengalamannya memakai tudung ketika baru berusia 14 tahun.

Menjengah di Instagram Qadejah atau Nur Shahida Qadejah El-Zehra pula, dia ada juga berkongsi gambar dengan imej terbarunya itu dengan berhijab bermula awal tahun ini.

Ini komen penuh:

“Alhamdulillah bila mama suruh @qadejah pakai tudung dia boleh ikut dan dengar cakap…….

“Mama dulu waktu atuk suruh pakai tudung mama tak dgr sampai atuk cakap kalau tak pakai tudung jgn keluar rumah…. lepas tu mama pakai la bila keluar tapi lepas tu dah agak2 jauh sikit dari rumah mama pun buka. Harap2 @qadejah tak ikut la perangai buruk mama tu…. biasalah zaman muda mudi…. nak merasa semua.

“Mama Pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa x pakai tudung. Siap dah ikat rambut lawa2. Sudahnya tiba2 rasa tak nak keluar pula sebab x pakai tudung.

“Kesimpulannya Kalau kita dah biasa bertudung Insya Allah niat tu Allah pelihara. Yang tak bertudung tu bukan nya tak baik, baik sangat2 byk yg saya jumpa sangat2 baik. Belum sampai lagi masanya. Doakan yang baik2 utk orang yg baik2 juga datang pada kita.

Di ruangan komen, ramai yang memuji Datin Seri Nur Shahida kerana mendidik anak dengan baik sejak kecil.

Sumber: IG Datin Seri Nur Shahida

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here