Isu kelab malan sehingga gelaran Dewi Remaja edisi terbaru yang disandang Haneesya Hanee ditarik balik memang mengejutkan ramai..
Video sensasi yang tersebar dan menjadi viral itu membuatkan ramai netizen dan masyarakat mula memandang serong dan negatif dengan sikap sesetengah peserta Dewi Remaja.
Buat masa ini, tiga peserta dikatakan ada dalam video itu iaitu juara Dewi Remaja Haneesya, Fazreen dan Enirsha (peserta bertudung).
Isu ini mengundang spekulasi kepada para netizen yang membayangkan seperti ada unsur sabotaj dari sesama finalis.
Lalu, video lima finalis yang diundang ke program MeleTop sebelum final kembali menjadi viral apabila rakan hos, Nabil Ahmad ada berseloroh mengenai isu yang kini dikatakan berlaku!
Kisahnya, sebelum malam akhir Dewi Remaja pada Ahad lepas, Top 5 Dewi Remaja 18/19 telah ditemu bual dan Nabil Ahmad ada mencelah;
“Lepas kalau kalah nanti, aku Akan Sebarkan Gambar, so obviously you guys dah sama-sama, tahu rahsia each other”
“That’s not gonna happen lah eh?”
Itu pertanyaan Nabil secara bergurau. Akhirnya tak sangka perkara ini benar-benar berlaku. Yang keluar dan disebarkan adalah perangai merek ayang sedang berhibur di kelab.
“Look how innocent they are not knowing bakal kena’ – ini komen yang muat naik video berkenaan.
Ini video tersebut:
Look how innocent they are not knowing bakal kena ??? pic.twitter.com/RyTpOqkL0F
— mein (@meinmokhtar) January 17, 2019
Rata-rata netizen memberitahu bahawa mulut Nabil seolah ‘masin’ kerana apa yang dikatakan oleh Nabil itu sepertinya jadi kenyataan.
Ini antara respon netizen tentang video itu:
“Mulut nabil masin sia
“Bukan masin, nabil dah lama dalam industry ni dia tahu benda mcm ni banyak jadi. dia bagi advice tu to not do it. But degil
“Sbb dia makan garam dulu lah mulut dia masin
“Nabil nih peramal masa depan barangkali
“Nabil pun pernah kena kan dulu
“It’s official Nabil is a time traveler
“Well, nabil pun dah cakap awal2
Sumber: Twiter