Kalau dia jemput sekali pun, saya memang takkan pergi – Nazim terkesan lihat perkahwinan Bella Dally

Nazim Othman akui ada rasa terkesan dengan perkahwinan bekas isterinya, Bella Dally yang berlangsung di Putrajaya pada 31 Mac yang lepas.

Pelakon berumur 35 tahun ini berkata perasaan itu timbul kerana menyedari kesilapan dan kekurangan diri hingga gagal menyelamatkan perkahwinan mereka yang dibina dua tahun lalu.

Ini pendedahan dari Nazim Othman:

“Ini perkara yang orang luar tidak tahu. Saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menunjukkan perasaan sebenar.

“Malah, saya tidak wish pun di sosial media. Cukup orang tahu saya mendoakan kebahagiaan buatnya yang pernah diluahkan padanya depan-depan,”

Namun begitu, Nazim berkata dia tak boleh marah atau rasa dendam terhadap Bella kerana perceraian yang berlaku atas pilihan sendiri.

Maka itu, dia perlu menerima ketentuan dan hakikat.

Ini komen Nazim lagi:

“Saya kena belajar. Pokok pangkalnya dalam rumah tangga adalah lelaki. Saya mengambil iktibar daripada pengajaran perkahwinan terdahulu.

“Sejujurnya, saya masih terkesan lagi. Saya akui perkara ini. Sedikit sebanyak masih ada. Terkesan sebab kenapa tidak pertahankan dan tidak kuat.

“Saya marah dan rasa ralat pada diri. Dalam beberapa bulan selepas bercerai, saya ‘down’. Kemudian saya kembali okey selepas maafkan diri sendiri,”

Malah Nazim akui, walaupun dijemput, dia tak akan hadir ke majlis berkenaan. Ini katanya:

“Bella ada jemput ke majlis semalam, tapi dalam nada bergurau. Kalau dia jemput sekali pun, saya memang takkan pergi kerana menghormati banyak pihak.

“Meskipun pada hakikat antara kami tidak ada sebarang masalah. Malah, hubungan saya dengan keluarga bekas mentua masih baik dan masih berhubung.

“Saya mendoakan semoga ikatan perkahwinan Bella dan suami kekal hingga ke jannah.”

Nazim yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Cerita Kita.

Katanya lagu ini langsung tidak ada kaitan dengan kisah perceraian dan perkahwinan bekas isterinya.

Jelasnya dengan lebih lanjut, lagu ini sudah lama disiapkan iaitu ketika masih bersama Bella.

Untuk pengetahuan, Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 dan bercerai pada 2 Mei 2018.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here