“Kalau dia cari pompuan lain tak marah sebab kita buruk..” – Sharifah Shahirah

Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mengakui suaminya iaitu Ijoy seorang yang sempoi sahaja malah Ijoi selesa jika isterinya itu berada dalam keadaan yang tidak berapa bersiap ketika ingin keluar rumah.

Malah, Sharifah Shahirah turut mendedahkan, suaminya akan rasa cemburu kalau keluar bekerja dalam keadaan lawa.

Ini komennya di laman IG:

“Sapa nak bini cenghini? Laki aku lega bini cenggini. Kalau aku lawa… 10kali talipon susah nak kerja. Ada je dia cakap macam2.

“Kang laki tu kacau laa tu kacau laa… haa sekarang aman. Balik lambat pun ok dah. Dia ckp kluar buruk… balik umoh cantik macam JLO,”

“Kat IG pun kena buruk.. P/s: kalau dia cari pompuan lain tak marah sbb kita buruk.. kalau kita cantik mcm miss universe ada pompuan lain lagi sedih.

“TAPI Nak lagi sedih kalau tau dia ada laki lain..lalalalala,”

Ayat yang last tu paling tak boleh blah.

Lalu, perkongsian berkenaan mendapat reaksi pelbagai netizen dan follower nya. Rata-raat terhibur dengan caption dari Sharifah Shahirah ini.

Memang diketahui ramai bahawa  kakak kepada Sharifah Sakinah ini seorang yang suka berceloteh dan memberikan caption humor dan kelakar menerusi laman media sosial.

Pelakon berumur 44 tahun ini berkahwin dengan Ijoy pada tahun 2003 dan mereka amat bahagia sehingga kini.

Perkahwinan kedua buat Sharifah Shahirah ini telah diserikan dengan kehadiran 4 orang cahaya mata, Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).

Untuk pengetahuan, Sharifah Shahira sebelum ini mengahwini Jatt, vokalis kumpulan Black Dog Bone dan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Alisya. Pasangan ini berpisah pada tahun 1999.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here