Kakak Mangsa Luah Perasaan – Kes Sekolah Asrama

Mangsa buli yang merupakan pelajar lelaki telah cedera,lebam dan trauma di badan kerana dipukul oleh sekumpulan pelajar sekolah yang baru berusia 15 tahun. Kejadian itu dikatakan terjadi di asrama sekolah mangsa.

Walaubagaimanapun, lokasi sekolah asrama yang terlibat dirahsiakan. Namun, pihak keluarga mangsa buli itu telah tampil membuat laporan polis tentang insiden tersebut.

Kakak mangsa menceritakan bagaimana adiknya itu teruk dibelasah oleh 15 orang suspek malah kepala adiknya juga telah dihentak dengan baldi sampai pecah dan telah menyebabkan adiknya itu mengalami trauma yang teruk.

Hasil siasatan mendapati bahawa kesemua 15 orang pelajar  yang terlibat dengan insiden itu telah pun diambil tindakan buang sekolah. Pihak keluarga mangsa buli itu juga dikatakan  tidak sama sekali menarik balik laporan polis berkenaan isu itu.

Luahan bengang dari kakak mangsa buli sekolah asrama tersebut:

“Nak tahu tak yang pukul ni umur berapa? 15 tahun ye anak-anak. Sampai pecah baldi kau hentak dekat kepala adik aku”. 

“Tindakan sekolah, budak-budak itu dah dibuang dan kes masih dalam siasatan polis”. 

“Adik-adik please, susah-susah dapat masuk sekolah yang bagus takkan nak kecewakan mak ayah dengan kena buang disebabkan kes buli? Bukan semua orang mampu dapat peluang itu. Hancur hati mak ayah, korbankan duit dan keringat untuk masa depan anak-anak. Tak kesiankah pada mak dan ayah? 

“Sebenarnya ramai pihak yang belum ambil iktibar dari kes arwah Zulfarhan. Saya berharap pihak yang berkaitan ambil serius tentang kejadian ini selepas apa yang berlaku pada arwah Zulfarhan dulu”. 

“Semalam dia (mangsa) tidur pun meracau. Whatever it is, we are trying our best untuk pulihkan semangat dia dulu. Setakat ini, pihak-pihak yang terlibat sedang usahakan penyelesaian. Apa-apa pun pihak family akan ikut prosedur dulu”. 

“Kalau ikutkan hati nak balas balik, tapi itulah, negara kita ada undang-undang. Mungkin budak-budak itu kurang kasih sayang”. 

“Badan berbiratlah juga kena balun dengan hanger, selipar, baldi. Kena tumbuk, pijak lagi. Dah tu hentak pula baldi di kepala sampai pecah. 15 orang weh balun dia seorang. Sudahlah sebelum PT3 hari tu kena langgar, effect di kepala. Ini di kepala lagi, semalam pun meracau”

“Ini bahagian belakang badan. Dah pergi hospital, sebab belakang kepala dia pun bengkak. Doktor suruh pantau dalam 2-3 hari ini. Kalau ada apa-apa, terus datang ke hospital,”

“Buat masa sekarang, pihak keluarga serahkan sepenuhnya pada pihak yang bertanggungjawab dan terlibat,”

Motif kejadian buli yang terjadi adalah disebabkan dendam terhadap mangsa. Difahamkan lagi keluarga pelajar malang tersebut akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa suspek tersebut bersama dengan pihak sekolah asrama seta Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) untuk mendengar penjelasan dari pihak sebelah sana supaya tiada isu berat sebelah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here