Jantung Anak Lana Nodin Terhenti 10 Minit, Kini Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi (ICU)

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan seorang ibu apabila anak tersayang alami penyakit apatah lagi masih bayi ataupun masih kecil.

Itulah yang dialami oleh pelakon Lana Nordin apabila telah diberitahu bahawa jantung anak keduanya, William Daud McKienzie, telah terhenti secara tiba-tiba selama 10 minit.

Ini sekaligus menyebabkan pembedahan anaknya itu terpaksa ditangguhkan.

Anak kedua Lana Nordin dan Mohd Daud McKienzie berusia dua bulan itu dijadualkan bakal menjalani pembedahan jantung petang semalam kerana masalah injap (Aortic Stenosis).

Kata Lana Nodin, kini anaknya dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan selama dua hari.

Ini komen Lana Nodin:

“Anak dibawa ke bilik pembedahan jam 2.30 petang tadi. Ketika persediaan pembedahan dibuat, secara tiba-tiba jantung anak berhenti. Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.

“Selepas itu, anak terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembedahan anak tak boleh dibuat hari ini,”

Dalam pada itu, Lana turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya dan semoga dipermudahkan segala urusan anak kecil itu.

Ini komen Lana Nodin lagi:

“Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila mendapat berita yang disampaikan suami. Ketika itu saya sedang solat. Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya juga mengharap bantuan orang ramai untuk sama-sama mendoakan anak,”

Semoga segalanya baik-baik sahaja buat keluarga Lana Nodin.

Sumber: Hmetro / Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here