“Janna tahu apa dia buat pada saya dan keluarga hingga kami sedih dan berkecil hati” ~ Sheila Rusly

Sheila Rusly tampil mengatakan bahawa Janna Nick sebenarnya tahu apa yang dia buat sampai melukakan hatinya dan juga keluarga.

Ini komen penerbit dan pelakon drama terkenal, Sheila Rusly.

“Hanya tuan punya badan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tanya apa yang dia buat terhadap saya dan keluarga hingga kami berasa sangat kecil hati,” kata

Kes ini berhubung isu ditimbulkan orang ramai yang mengatakan ada sindir-menyindir melibatkan Sheila dan Janna Nick.

Berkata tentang isu sindiran yang dimaksudkan, Sheila berkata, perkara itu tidak berlaku seperti dakwaan kebanyakan netizen.

Sheila berkata, dia tak mahu bercerita tentang apa sebenarnya yang berlaku kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi dan dia tidak mahu membuka aib orang.

“Kepada mereka yang tidak tahu hujung pangkal dan cerita sebenar, tidak perlulah memberi komen. Jangan buat dosa dengan komen ditulis itu. Apa pun, saya sudah maafkan mereka dan tidak mahu memanjangkan cerita ini,”

“Saya tahu selama ini semua orang tahu betapa saya sangat sayangkan dia (Janna). Malah, drama Leftenan Zana itu pun saya bersama suami, Jinggo berusaha terbitkan demi merealisasi impiannya yang ingin berlakon dalam drama ketenteraan.

“Saya akui sangat sayangkan dia seperti anak sendiri. Cuma, hanya dia yang tahu apa sudah dibuatnya pada saya dan keluarga hingga kami sangat sedih dan berkecil hati,”

Kata Sheila lagi, selama ini dia dan suami yang memendam dan memilih untuk berdiam diri. Sheila juga sudah lali dengan segala hal yang berlaku dalam industri hiburan.

Sheila Rusly turut menafikan apa yang berlaku itu sebagai gimik untuk naikkan rating drama Leftenan Zana yang kini ditayangkan di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini menampilkan Janna Nick dan juga dirinya.

“Ia tidak ada kaitan langsung dengan drama. Setakat ini, sambutan diterima terhadap drama Leftenan Zana sangat baik. Saya berterima kasih dan bersyukur dengan sambutan itu kerana bukan mudah menghasilkan karya berkaitan tentera dan menyuntik semangat patriotik kepada generasi muda,”

Dalam pada itu, Janna Nick berkata dia sudah meminta maaf kepada Sheila Rusly namun tidak diendahkan.

Sumber: HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here