“Jangan nak berlagak” – pesan Nora kepada artis baru

Penyanyi Nora Ariffin mempunyai suara yang amat lunak merdu dan kalau nyanyi secara live memang boleh meremang penonton mendengarnya.

Dalam pada itu, Nora akui tak kisah berbelanja dan habis duit untuk beli tiket bagi menonton persembahan atau konsert yang diadakan oleh penyanyi lain.

Kata Nora yang kini sudah berumur 46 tahun, dia masih mahu mencari ilmu dan pengalaman baru menerusi cara terbabit.

Dalam pada itu Nora bersyukur kerana artis baru tiada yang berlagak dengannya dan memberi pesan agak mereka merendah diri dan hormati orang lain.

Ini jelasnya:

“Saya masih teringat ketika masih bergelar artis baru dulu, saya membeli tiket untuk menyaksikan persembahan Anita Sarawak.

“Saya saksikan sendiri aksinya, bagaimana dia menyanyi dan menghiburkan audiens…Semuanya memberikan saya satu pengalaman baru.

“Sama juga dengan keadaan sekarang, jika saya berkesempatan dan tidak terikat dengan jadual kerja, pastinya saya tidak keberatan untuk membeli tiket bagi menyaksikan persembahan atau konsert artis baru.

“Bagi saya, industri kita kecil sahaja, jadi jangan nak berlagak. Tiada salahnya jika kita saling menghormati antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tak ada artis baru atau lama pun yang berlagak dengan saya,”

Berbicara tentang kehadiran banyak artis baru yang diberi gelaran Budak Baru Nak Up (BBNU), Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, sebenarnya gembira kerana ia merupakan satu perkembangan sihat untuk industri muzik.

Ini komennya:

“Industri muzik kita semakin meriah… Mereka juga tampil dengan pelbagai jenis lagu.

“Ramai yang bagus-bagus, contohnya Syamel dan Ernie Zakri… Mereka patut diberikan lebih pendedahan.

“Artis BBNU perlu memberikan karya berkualiti kepada peminat dan menghargai peluang yang mereka dapat,”

Nora ditemui di sidang media Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019 yang diadakan bertempat di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Program tersebut bakal berlangsung pada 25 April ini, dan Nora akan berganding dengan penyanyi Aishah dan pemain saksofon terkenal, Alif Nasir.

Sumber: GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here