“Jangan fikir orang tak bertudung tu kurang agama dari yang menutup aurat” – Ruhainies

Baru-baru ini, Ruhainies menyatakan bahawa kekasihnya, Mr. E ada membacakan surah Yasin setiap hari ketika Ruhainies jatuh sakit.

Nampaknya netizen dilihat telah mempersoalkan tindakan kekasih hati Ruhainies itu.

Ruhainies berkata dia ada terbaca komen netizen yang mengatakan bacaan surah tu hanya untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Melihat komen yang menghentam tindakan kekasihnya membaca surah Yasin untuknya, Ruhainies tampil membidas netizen dan mengatakan bahawa ramai yang bertudung tapi masih kurang didikan agama.

Ini komen Ruhainies:

“Saya terbaca beberapa komen yang mempersoalkan kenapa kekasih saya baca surah Yasin, saya dah nak mati ke. Sampaikan benda baik pun dibuat main-main dan dijadikan bahan lawak serta kutuk.

“Jadi dari situ kita tahu betapa nazak manusia macam ni. Tak semua tapi segelintir. Kurangnya agama, mereka ingat baca surah itu hanya untuk orang nak mati atau orang sudah meninggal dunia.

“Sedih apabila tengok ramai yang masih kurang didikan agama. Mereka fikir dengan menutup aurat dah sempurna, tapi ilmu kosong”

Kata Ruhainies, ntuk mengukur keimanan seseorang bukan hanya melihat dari segi pemakaian atau luaran penampilan.

Pelakon ini bersyukur sekurang-kurangnya masih ada seseorang yang mahu membacakan surah itu untuknya ketika masa hidup walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Menurut Ruhainies, tidak semestinya orang yang tidak menutup aurat kurang pengetahuan yang luas apabila berbicara mengenai bab agama.

Ini komennya lagi:

“Nak ukur iman seseorang itu bukan melalui pemakaian atau luaran. Bagi saya dah bersyukur sekurang-kurangnya ada orang bacakan Yasin untuk saya masa hidup walaupun dalam keadaan kurang sihat.

“Tak kan mati baru nak baca kan. Yasin ni bukan dibaca untuk orang sudah tiada saja. Nabi Muhammad s.a.w pun baca Yasin setiap pagi untuk melancarkan harinya. Saya malas nak komen kat netizen yang hati kotor sebab bagi mereka apa yang kita jawab semua mereka ada jawapan.

“Bila sentuh bab agama ni sangat sensitif. Jangan fikir orang tak bertudung tu kurang agama dari yang menutup aurat. Semua itu bukan ukuran. Yang menjadi ukuran antara dia dengan Allah”

Sebelum ini Ruhainies ada meluahkan rasa hatinya tentang perkara ini di laman Twitter, ini tweetnya:

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here