Jalan-Jalan Pegang Tangan Oktovia Manrose, Ini Respon Balas Aliff Aziz

Nampaknya, Aliff Aziz dan juga Oktovia Manrose sekali lagi menerima pelbagai kecaman daripada netizen. Ini gara-gara satu kenyataan mengatakan ternampak Aliff Aziz dan Oktovia berjalan-jalan pegang tangan di sebuah pasar raya.

Memang berat juga dakwaan yang ditulis oleh seorang individu di laman Facebook ini.

Apabial isu ini jadi tular, Aliff Aziz temapil memberi respon balas. Menerusi satu kenyataan di Insta Stories, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ini menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan dan memberi alasan yang kukuh.

Aliff Aziz mengatakan ketika ini dia sudah berada di Singapura sejak beberapa hari lalu.

Katanya lagi, apa yang disebarkan itu adalah fitnah semata-mata dan Aliff berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak terus memfitnah dirinya tanpa sebarang bukti.

Apabila Aliff Aziz memberi respon balas, didapati akaun Facebook wanita berkenaan sudah dipadamkan.

Itulah penjelasan dari Aliff Aziz tentang hal ini. Bagus juga dia beri penjelasan, takdelah terus keruhkan keadaan lagi.

Sebelum ini, seorang pengguna FB mendakwa ternampak Alif dan Oktovia berjalan bersama berpegang tangan.

Ini tulisnya:

“Saja nak cakap artis yang rumah tangga tengah nak runtuh tu ada kat Giant Kelana Jaya. Jalan-jalan pegang tangan lagi dengan si octopus tu,”

Apabila ditanya sama ada individu itu sempat ambil gambar kedua-dua pelakon berkenaan berjalan bersama, individu itu mengatakan dia tidak sempat berbuat demikian.

“Hahahaha. Tak sempat tgkap gambo, benda depan mata. Tgkap gambo dpn2 nt kena saman pulak. Sis is tak tahan. Buat mcm xde apa2 yg berlaku je. Si sotong tu pulak kemain dh mtk maaf kat media kan. Rupanyaa lakonan semata2. Hahaha,”

Sumber: IG ALiff Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here