(FOTO) Izzue Islam dan isteri kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan nak live di Wanita Hari Ini

Penyanyi dan pelakon Izzue Islam telah muncul dalam satu program yang disiarkan secara langsung iaitu Wanita Hari Ini (WHI) tengah hari semalam rupanya dia ada berdepan satu kemaangan jalan raya.

Kejadian yang mencemaskan itu berlaku ketika Izzue islam dan isteri Awin dalam perjalanan ke studio TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

kejadian kemalangan berlaku kira-kira jam 11.20 pagi apabila, kereta yang dipandu oleh penyanyi dan pelakon itu tiba-tiba dirempuh dari belakang ketika melalui Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

Izzue Islam dan isterinya, Awin ketika kejadian itu, mengaku masih terkejut, namun bersyukur mereka selamat.

“Semuanya berlaku sepantas kilat… Kami jadi keliru apabila dilanggar daripada belakang, tak sangka kereta kami yang dihentam.

“Alhamdulillah, syukur saya dan Awin tidak cedera. Begitu juga pemandu kereta yang merempuh kami,”

Tambah Izzue islam lagi, oleh kerana mereka nak cepat dan nak bergegas ke Sri Pentas untuk mempromosikan single terbaru dalam program WHI, dia tidak sempat menunggu lama di lokasi kejadian atau membuat laporan polis tentang kemalangan berkenaan.

Ini tambahnya lagi:

“Saya fikir kenderaan pacuan empat roda terbabit laju dan pemandu menekan brek secara mengejut. Berikutan itu, bahagian hadapan kenderaan itu remuk.

“Namun, pemandu terbabit memberi kerjasama baik dan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini berhubung kemalangan itu selepas saya terpaksa bergegas ke Bandar Utama,”

Ini beberapa foto yang dkongsi oleh Izzue:

Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaru, Izzue yang tampil dengan single baharu berjudul Kau, selesai menjalani penggambaran program Wira Remaja, Resepi Rezeki dan Roda Selera sebagai hos.

“Saya bakal memulakan penggambaran drama bersiri berjudul 30 Pesanan Suara yang menampilkan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha sebagai teraju utama,”

Izzue Islam juga kini merupakan duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here